Thursday 18 October 2012

Bab: 2 - Waktu-Waktu Shalat

( 206 ) Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a., dari Rasulullah SAW.: Beliau pernah didatangi oleh seseorang yang bertanya tentang waktu-waktu shalat, tetapi beliau tidak menjawabnya sama sekali. Kemudian setelah menyuruh Bilal mengumandangkan azan subuh, beliau mengerjakan shalat subuh setelah fajar terbit, sedangkan orang-orang tidak mengetahui jelas satu dengan lainnya. Setelah menyuruh Bilal mengumandangkan azan zuhur, beliau mengerjakan shalat zuhur ketika matahari condong (ke barat). Ada seseorang yang berkata, "Tengah hari benar", sedangkan beliau lebih mengetahuinya daripada mereka. Kemudian setelah menyuruh Bilal mengumandangkan azan asar, beliau mengerjakan shalat asar, sedangkan matahari masih meninggi. Setelah menyuruh Bilal mengumandangkan azan maghrib, beliau mengerjakan shalat maghrib ketika matahari terbenam. Setalah menyuruh Bilal mengumandangkan azan isya, beliau mengerjakan shalat isya ketika mega hilang. Kemudian beliau pada keesokan harinya mengakhirkan shalat subuh sehingga setelah mengerjakannya, ada orang yang berkata bahawa matahari sudah terbit atau hampir terbit. Beliau juga mengakhirkan shalat zuhur sehingga hampir memasuki waktu shalat asar, kemudian beliau mengakhirkan shalat asar sehingga setelah selesai mengerjakannya ada orang yang berkata bahawa matahari sudah memerah (hampir terbenam). Kemudian beliau mengakhirkan shalat maghrib sampai mendekati hilangnya mega, sedangkan isya beliau undurkan sampai waktu sepertiga malam pertama dari malam itu. Pada esok harinya, beliau memanggil orang yang bertanya itu, lalu bersabda, "Waktu shalat adalah antara kedua macam waktu ini." (2: 106 - S.M.)