Thursday 4 October 2012

Bab: Cara Mandi Bersuci Perempuan dari Haid dan Junub

( 172 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah: Asma' r.a. pernah bertanya kepada Nabi SAW. tentang cara mandi bersuci perempuan dari haid. Kemudian beliau bersabda, "Ambillah air dan daun bidara, lalu cucilah bekas darah sehingga benar-benar bersih. Setelah itu, tuangkanlah air di atas kepala sambil digosok-gosk dengan kuat sehingga dapat membasahi akar-akar rambutnya, lalu tuangkanlah air di atas kepala lagi. Setelah itu, ambillah kain atau kapas yang telah diberi kesturi, lalu bersihkanlah lagi dengannya!" Asma' bertanya lagi, "Bagaimanakah cara saya bersuci dengan kapas atau kain itu?" Beliau menjawab, "Subhanallah, bersihkan saja dengannya!" Lalu 'A;isyah berbisik kepada Asma', "Susulkan gosokan-gosokan kasturi itu di tempat bekas-bekas darah (kemaluan)." Lalu Asma' bertanya juga tentang cara mandi kerana junub. Kemudian beliau bersabda, "Ambillah air, lalu bersucilah dengan sebaik-baiknya. Setelah itu tuangkanlah air di atas kepala sambil digosok-gosok sampai membasahi akar-akar rambutnya. Lalu tuangkanlah air di atas kepala lagi." Kemudian 'A'isyah berkata, "Sebaik-baik perempuan adalah perempuan Anshar, rasa malu tidak menghalangi mereka untuk memperdalam agamanya." (1: 179 - 180 - S.M.)