Monday 15 October 2012

Bab: Kewajiban Shalat

( 201 ) Diriwayatkan dai Anas bin Malik r.a.: Kami pernah dilarang menanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW. Yang paling menyenangkan kami adalah ketika datangnya seorang laki-laki cerdas dari dusun yang bertanya sesuatu kepada Rasulullah SAW. dan kami mendengarnya. Laki-laki dusun itu datang dan berkata, "Wahai Muhammad, utusan engkau telah datang kepada kami. Dia mengaku kepada kami bahawa engkau mengaku, Allah telah mengutusmu." Beliau menjawab, "Ucapannya benar." Orang itu bertanya, "Siapakah yang menciptakan langit?" Beliau menjawab, "Allah." Orang itu bertanya, "Siapakah yang menciptakan bumi?" Beliau menjawab, "Allah." Orang itu bertanaya, "Siapakah yang memancangkan gunung-gunung ini? Dan yang menjadikan lainnya?" Beliau menjawab, "Allah." Orang itu bertanya, "Demi Zat yang menciptakan langit dan bumi dan yang memancangkan gunung-gunung ini, betulkah Allah telah mengutusmu?" Beliau menjawab, "Ya, betul." Dia berkata, "Utusan engkau berkata bahawa kami wajib mengerjakan shalat lima kali sehari-semalam." Beliau bersabda, "Benar." Orang itu bertanya, "Demi Zat yang telah mengutusmu, betulkah Allah telah memerintahkan hal ini kepadamu?" Beliau menjawab, "Ya, Betul." Orang itu berkata, "Utusan engkau berkata bahawa kami wajib mengeluarkan zakar atas harta benda kami." Beliau menjawab, "Ya, betul." Dia berkata, "Demi Zat yang telah mengutusmu, betulkah Allah telah memerintahkan hal ini kepada-mu?" Beliau menjawab, "Ya, betul." Dia berkata,"Utusan engkau berkata bahawa kami wajib mengerakan haji, yaitu bagi yang mampu." Beliau menjawab, "Ya, betul. Setalah itu, orang itu pulang seraya berkata, "Demi Zat yang telah mengutusmu dengan bebenaran, saya tidak akan menambah dan tidak akan menguranginya dari itu." Lalu Nabi SAW. bersabda, "Kalau dia benar begitu, sungguh dia akan masuk syurga." (1: 32 - S.M.)