Saturday 13 October 2012

Bab: Menjawab Panggilan Azan

( 198 ) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a.: Dia mendengar Rasulullah SAW. bersabda, "Apabila kamu mendengar orang azan, ucapkanlah seperti yang dia ucapkan, lalu bacalah shalawat atasku kerana sesungguhnya, barang siapa bershalawat kepadaku satu kali, Allah  akan memberinya shalawat (rahmat) sepuluh kali. Setelah itu, mohonlah kepada-Nya untukku al-wasilah kerana sesungguhnya, ia adalah kedudukan di dalam surga yang hanya akan diberikan kepada seorang hamba dari hamba-hamba Allah, dan aku harap akulah hamba itu. Jadi, barang siapa memohon kepada Allah agar al-wasilah itu diberikan kepadaku, pasti dia akan mendapatkan syafaatku." (2: 4 - S.M.)