Saturday 6 October 2012

Bab: Tidur Bersama Isteri yang Sedang Haid dalam Satu Selimut

( 176 ) Diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.: Sewaktu saya tidur dalam satu selimut bersama Rasulullah SAW., tiba-tiba saya datang haid, saya pun pergi perlahan-lahan mencari kain yang biasa dipakai sewaktu haid. Kemudian Rasulullah SAW. bertanya kepada saya, "Apakah kamu datang haid?" Saya menjawab, "Ya." Lalu beliau memanggil saya untuk tidur bersama dalam satu selimut." Ummu Salamah berkata bahawa dia bersama Rasulullah SAW. sering sekali mandi bersama kerana junub dalam satu bejana.(1: 167 - S.M.)