Friday 23 November 2012

Bab: Barang Siapa Makan Bawang Merah, Bawang Perei, dan Bawang Putih, Hendaknya Menjauhi Masjid

( 252 ) Diriwayatkan dari Jabir bin 'Abdillah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Barang siapa makan bawang putih atau bawang merah, hendaklah menjauhi kami, atau menjauhi masjid kami, dan duduklah di rumahnya saja." Beliau pernah dihidangi suguhan yang di dalamnya terdapat sayuran, lalu beliau mencium darinya suatu bau yang tidak beliau sukai. Kemudain beliau menanyakannya dan diberitahukan kepada beliau jenis sayuran tersebut. Setelah itu, beliau minta agar sayuran itu didekatkan kepada salah seorang sahabatnya. Ketika beliau melihat bahawa sahabatnya tersebut tidak senang memakannya, beliau bersabda, "Makanlah, sesungguhnya aku bercakap-cakap kepada yang engkau tidak bercakap-cakap dengannya (malaikat)." (2: 80 - S.M.)