Monday 5 November 2012

Bab: Dua Rakaat Sesudah Shalat Asar

( 220 ) Diriwayatkan dari Abu Salamah r.a. bahawa dia pernah bertanya kepada 'A'isyah r.a. tentang dua rakaat yang dikerjakan Rasulullah SAW. sesudah shalat asar. 'A'isyah menjawab, "Biasanya beliau mengerjakannya sebelum shalat asar. Jika berhalangan atau lupa, beliau mengerjakan sesudah shalat asar, kemudian beliau menetapkannya, dan apabila mengerjakan suatu shalat, beliau menetepkannya." Ismail bin Ja'far berkata, "Yang dia ('A'isyah) maksudkan adalah mengerjakan secara terus-menerus." (2: 211 - S.M.)