Wednesday 14 November 2012

Bab: Masjid Pertama di Muka Bumi

( 235 ) Diriwayatkan dari Abu Dzarr r.a.: Saya bertanya, "Wahai Rasulullah, masjid apakah yang pertama kali dibangun di muka bumi ini?" Beliau menjawab, "Masjidil Haram." Saya bertanya lagi, "Kemudian masjid apa sesudahnya?" Beliau menjawab, "Masjidil Aqsha." Saya bertanya lagi, " Berapa lamakah jangka waktu pembuatan antara kedua masjid itu?" Beliau menjawab, "Empat puluh tahun, dan di mana saja kamu mendapatkan waktu shalat, hendaklah kamu kerjakan shalat itu kerana ia adalah masjid." (2: 63 - S.M.)