Wednesday 14 November 2012

Bab: Shalat di Atas Tikar

( 233 ) Diriwayatkan dari Ishaq bin 'Abdillah bin Abi Thalhah r.a., dari Anas bin Malik r.a. bahawa neneknya, Mulaikah, pernah mengundang Rasulullah SAW. untuk sebuah jamuan makan yang disediakan untuk beliau. Setelah beliau menyantapnya, beliau bersabda, "Bangunlah kalian, aku akan shalat mengimami kamu." Anas bin Malik berkata, "Lalu saya pergi mengambil sebuah tikar milik kami yang sudah menghitam kerana telah lama terpakai. Tikar itu saya perciki air. Setelah itu, Rasulullah SAW. berdiri di atasnya, sedangkan saya bersama anak yatim berbaris di belakang beliau dan perempuan sepuh (Mulaikah) berdiri di belakang kami. Rasulullah SAW. menjadi imam kami untuk mengerjakan shalat dua rakaat. Setelah itu, beliau pulang." (2: 127 - S.M.)