Monday 26 November 2012

Bab: Ukuran Penghalang di Depan Orang Shalat

( 258 ) Diriwayatkan dari Abu Dzarr r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Apabila seseorang berdiri untuk shalat, hendaklah dia mengambil penghalang di depannya sepanjang ujung pelana unta; kalau tidak demikian, shalatnya dapat putus kerana keledai, wanita, dan anjing hitam yang berlalu di depannya." 'Abdullah bin Shamit (perawi hadis ini dari Abu Dzarr) berkata, "Saya menanyakan, 'Wahai Abu Dzarr, apa bendanya anjing hitam dan anjing kuning?' Dia menjawab, 'Wahai anak saudaraku, sudah aku tanyakan kepada Rasulullah SAW. sebagaimana yang telah kamu tanyakan kepadaku ini maka beliau menjawab, 'anjing hitam itu setan."' (2: 59 - S.M.)