Tuesday 29 January 2013

Bab: 2 - Shalat dan Doa Nabi SAW

( 380 ) Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a.: Apabila bangun pada malam hari untuk mengerjakan shalat, Rasulullah SAW. memulai dengan dua rakaat yang pendek. (2: 184 - S.M.)

Bab: 1 - Shalat dan Doa Nabi SAW

( 379 ) Diriwayatkan dari Ibn 'Abbas r.a.: Pada suatu malam, saya pernah bermalam di rumah bibi saya, Maimunah r.a. Pada malam itu, Nabi SAW. bangun menunaikan hajat beliau. Setelah itu, beliau membasuh muka dan kedua tangannya, lalu tidur lagi. Kemudian beliau bangun dan mendatangi tempat air dari kulit (qirbah), beliau membuka tutupnya dan mengambil air wudhu darinya. Beliau berwudhu dengan sempurna dari air yang sedikit itu, terus shalat. Saya pun bangun dengan menggeliat kerana takut beliau tahu bahawa saya memperhatikannya. Kemudian saya berwudhu, setelah beliau berdiri mengerjakan shalat, saya pun berdiri di sebelah kiri beliau, lalu beliau memegang tangan saya sambil memutarkan saya ke sebelah kanan beliau. Ketika itu shalat Rasulullah SAW. sempurna sampai tiga belas rakaat, lalu beliau berbaring sampai tidur mendengkur. Beliau kalau tidur mendengkur. Setelah itu, datanglah Bilal mengumandangkan suara azan untuk shalat. Kemudian beliau bangun dan terus mengerjakan shalat tanpa berwudhu lagi, sedangkan doa beliau adalah, "Wahai Allah, masukkanlah ke dalam hatiku nur (cahaya), ke dalam pandanganku nur, ke dalam pandengaranku nur, di arah kananku nur, di arah kiriku nur, di arah atasku nur, di arah bawahku nur,  di depanku nur,  di belakangku nur, dan anugerahkanlah ke dalam diriku nur. Kuraib berkata, "Dan ada tujuh kalimat lagi dalam doa beliau ini di dalam hatiku, tetapi saya lupa." Salamah bin Kuhail, perawi hadis ini dari Kuraib dari Ibn 'Abbas, berkata, "Lalu saya bertemu dengan salah satu putera Abbas r.a. yang memberitahukannya kepadaku, yaitu "Sarafku, dagingku, darahku, rambutku dan kulitku." Kemudian dia menyebut yang dua kalimat lagi. (2: 184 - S.M.)

Monday 28 January 2013

Bab: Beramal Sesuai dengan Kemampuan

( 378 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah r.a., isteri Nabi SAW.: Haula binti Tuwait bin Habib bin Asad bin 'Abd Al-Uzza pernah berjalan melewati saya dan Rasulullah SAW. Saya berkata, "Inilah Haula binti Tuwait. Orang-orang mengatakan bahawa dia tidak tidur pada malam hari (mengerjakan ibadah pada keseluruhan malam)." Rasulullah SAW. bersabda, "Dia tidak tidur pada malam hari? Beramallah sesuai dengan kemampuanmu. Demi Allah, Allah tidak bosan sehingga kamu sendiri yang bosan." (2: 189 - S.M.)

Bab: Pekerjaan yang Paling Dicintai Allah Adalah yang Berkesinambungan

( 377 ) Diriwayatkan dari 'Alqamah: Saya pernah bertanya kepada 'A'isyah, Ummul Mukminin r.a., "Wahai Ummul Mukminin, bagaimanakah amal Rasulullah SAW.? Apakah beliau biasa membuat hari-hari tertentu?" Dia menjawab, "Tidak, amalan beliau selalu berkesinambungan, dan siapakah di antara kalian yang mampu meniru kemampuan Rasulullah SAW.?" (2: 189 - S.M.)

Bab: Hendaklah Seseorang Shalat dengan Giat, dan apabila Sudah Lelah, Hendaklah Duduk

( 376 ) Diriwayatkan dari Anas r.a.: Rasulullah SAW. pernah memasuki masjid, lalu beliau melihat tambang yang terpancang antara dua tiang. Kemudia beliau bertanya, "Apa ini?" Sahabat menjawab, "(Tambang) milik Zainah untuk shalat. Apabila malas atau lelah, dia berpegangan pada tambang itu." Beliau bersabda, "Lepaskanlah, hendaklah seseorang mengerjakan shalat dengan giat. Apabila dia sudah merasa malas atau lelah, hendaklah dia duduk." (2: 189 - S.M.)

Bab: Shalat Sunnah di Rumah

( 375 ) Diriwayatkan dari Jabir bin 'Abdillah: Rasulullah SAW. bersabda, "Apabila seseorang selesai mengerjakan shalat di masjid, berilah bahagian shalat (sunnah) untuk rumahnya, kerana Allah menjadikan shalatnya itu sebagai kebaikan untuk rumahnya." (2: 187 - S.M.)

Sunday 27 January 2013

Bab: Shalat Sunnah di Masjid

( 374 ) Diriwayatkan dair Zaid bin Tsabit r.a.: Rasulullah SAW. pernah membuat kamar kecil untuk shalat dengan selembar tikar. Lalu Rasulullah SAW. mengerjakan shalat di kamar itu, dan orang-orang pun mengikutinya. Mereka datang mengikuti shalat beliau. Kemudian pada suatu malam, mereka berdatangan, namun Rasulullah SAW. sengaja memperlambatkan mengerjakan shalat sehingga mereka berbuat gaduh dan melempari pintu dengan kerikil. Lalu keluarlah Rasulullah SAW. dalam keadaan marah seraya bersabda kepada mereka, "Selagi perbuatanmu demikian, aku kira akan menjadi wajib atas kamu. Shalatlah di rumah kalian masing-masing kerana sebaik-baiknya shalat seseorang adalah dirumahnya, kecuali shalat fardu." Dalam riwayat lain, "Nabi SAW. membuat kamar kecil untuk shalat dengan selembar tikar di masjid." (2: 188 - S.M.)

Bab: Shalat Sunnah pada Siang dan Malam Hari

( 373 ) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin Syaqiq r.a.: Saya pernah bertanya kepada 'A'isyah r.a. tentang shalat sunnah Rasulullah SAW., lalu dia berkata, "Beliau mengerjakan shalat sunnah empat rakaat sebelum shalat zuhur di rumah saya, lalu beliau keluar mengerjakan shalat berjamaah mengimami orang-orang. Setalah itu, beliau masuk lagi ke rumah saya dan mengerjakan shalat sunnah dua rakaat. Begitu juga setelah mengerjakan shalat maghrib mengimami orang-orang, beliau masuk ke rumah saya, lalu mengerjakan shalat sunnah dua rakaat. Demikian pula setelah mengerjakan shalat isyak mengimami orang-orang, beliau masuk ke rumah saya, lalu beliau mengerjakan shalat sunnah dua rakaat. Beliau mengerjakan shalat pada malam hari sebanyak sembilan rakaat, di dalamnya beliau shalat witir. Pada malam hari, beliau mengerjakan shalat dengan berdiri lama, pada malam yang lain beliau duduk lama. Kalau membaca (surah Al-Fatihah) sambil berdiri, beliau shalatnya berdiri, dan kalau membacanya sambil duduk, beliau shalatnya duduk. Apabila fajar telah menyingsing, beliau mengerjakan shalat sunnah dua rakaat (sebelum subuh)." (2: 162 - S.M.)

Saturday 26 January 2013

Bab: Shalat Sunnah Qabliyah dan Ba'diyah

( 372 ) Diriwayatkan dari Ibn 'Umar r.a.: Sebelum dan sesudah shalat zuhur, saya mengerjakan shalat sunnah dua rakaat bersama Rasulullah SAW., sesudah shalat maghrib dua rakaat, dan sesudah shalat Jumaat dua rakaat. Adapun shalat sunnah maghrib, isyak, dan Jumaat saya kerjakan bersama Nabi SAW. di rumah beliau." (2: 162 - S.M.)

Bab: Shalat Sunnah di Antara Setiap Azan dan Iqamah

( 371 ) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin Mughaffal Al-Muzanni r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Antara dua azan (azan dan iqamah) ada shalat sunnahnya." Beliau mengucapkannya tiga kali, pada ucapan yang ketiga kalinya, beliau bersabda, "Bagi yang suka." (2: 212 - S.M.)

Bab: Keutamaan Orang yang Shalat Sunnah Dua Belas Rakaat Setiap Hari

( 370 ) Diriwayatkan dari Ummu Habibah r.a., isteri Nabi SAW., bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, "Setiap orang Muslim yang mengerjakan shalat sunnah setiap hari sebanyak dua belas rakaat semata-mata kerana Allah, Allah membangunkan baginya sebuah rumah di syurga." Ummu Habibah r.a., 'Amr bin Aus r.a., dan Nu'man bin Salim r.a. berkata, "Saya tetap mengerjakan shalat itu sesudah mendengar hadis itu." Dalam riwayat yang lain, sehari-semalam. (2: 162 - S.M.)

Bab: Barang Siapa Sujud kerana Allah, Balasan untuknya Adalah Syurga

( 369 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Apabila anak Adam membaca ayat sajadah, kemudian bersujud, syaitan akan menyingkir sambil menangis dan berkata, 'Celakalah (dan di dalam riwayat Abu Kuraib, 'Celakalah saya), anak Adam diperintahkan untuk bersujud, lalu dia bersujud maka balasan untuknya adalah syurga, sedangkan saya diperintahkan untuk bersujud, tetapi saya enggan maka balasan untuk saya adalah neraka."'

Friday 25 January 2013

Bab: Shalat Awwabin

( 368 ) Diriwayatkan dari Al-Qasim Al-Syaibani: Zaid bin Arqam r.a. pernah melihat suatu kaum mengerjakan shalat dhuha, lalu dia berkata, "Sudah tahukah mereka bahawa shalat dhuha pada selain waktu ini lebih utama? Sesungguhnya, Rasulullah SAW. bersabda, "Shalat Awwabin, yaitu ketika kaki anak unta merasa kepanasan."' (2: 71 - S.M.)

Bab: Wasiat untuk Shalat Dhuha

( 367 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Kekasihku (Rasulullah SAW.) berwasiat kepadaku tentang tiga perkara, yaitu melakukan puasa tiga hari setiap bulan, shalat dhuha dua rakaat, dan shalat witir sebelum tidur. (2: 158 - S.M.)

Bab: Shalat Dhuha Delapan Rakaat

( 366 ) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin Harits bin Naufal: Saya sudah berusaha bertanya dan mencari seseorang yang biasa memberitahukan kepada saya bahawa Rasulullah SAW. mengerjakan shalat dhuha, namun saya tidak mendapatkannya. Akan tetapi, Ummu Hani binti Abi Thalib memberitahukan kepada saya bahawa pada hari Penaklukan Kota Makkah, setelah matahari meninggi, Rasulullah SAW. diambilkan sebuah kain untuk menutupinya dari pandangan mata manusia, lalu beliau mandi. Setelah itu, beliau berdiri, lalu mengerjakan shalat delapan rakaat. Saya tidak tahu, apakah berdiri, ruku', atau sujud beliau itu lebih lama, kerana semuanya itu hampir sama lamanya. Ummu Hani berkata, "Saya belum pernah melihat beliau mengerjakannya (shalat dhuha) sebelum itu dan sesudahnya." (2: 157 - S.M.)

Thursday 24 January 2013

Bab: Shalat Dhuha Empat Rakaat

( 365 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah r.a.: Rasulullah SAW. biasa mengerjakan shalat dhuha empat rakaat, dan beliau juga biasa menambah sekehendaknya. (2: 157 - S.M.)

Bab: Shalat Dhuha Dua Rakaat

( 364 ) Diriwayatkan dari Abu Dzarr r.a.: dari Nabi SAW.: Beliau bersabda,"Pada setiap ruas jari kelian diwajibkan sedekah; setiap pembacaan tasbih sedekah, setiap tahmid sedakah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, setiap amar ma'ruf sedekah, dan setiap nahi mungkar sedekah; dan dua rakaat shalat dhuha mencukupi semua itu." (2: 158 -S.M.)

Bab: Shalat Dhuha

( 363 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah r.a.: Saya tidak penah sekali pun melihat Rasulullah SAW. mengerjakan shalat sunnah dhuha, sedangkan saya mengerjakannya. Rasulullah SAW. terkadang tidak mengerjakan suatu amal, padahal beliau ingin sekali mengerjakannya. Yan demikian ini kerana beliau khawatir orang -orang mengerjakannya, lalu diwajibkan kepada mereka (2: 156 - S.M.)

Wednesday 23 January 2013

Bab: Duduk di Tempat Setelah Shalat Subuh

( 362 ) Diriwayatkan dari Samak bin Harb: Saya pernah bertanya kepada Jabir bin Samurah r.a., "Pernahkah engkau duduk bersama Rasulullah SAW?" Dia menjawab, "Ya, sering. Beliau tidak bangun dari tempatnya shalat subuh hingga matahari terbit. Setelah matahari terbit, beliau bangun. Mereka berbincang-bincang, lalu mereka terkenang oleh hal pada masa jahiliah sehingga mereka tertawa dan beliau pun tersenyum." (2: 132 - S.M.)

Bab: Berbaring Setelah Shalat Sunnah Fajar

( 361 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah r.a.: Apabila selesai shalat sunnah fajar, Nabi SAW. berbincang-bincang dengan saya jika saya bangun, tetapi jika saya tidak bangun, berliau berbaring. (2: 168 - S.M.)

Bab: Bacaan dalam Shalat Sunnah Fajar

( 360 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Dalam dua rakaat shalat sunnah fajar, Rasulullah SAW. membaca, "Qul ya ayyuhal kafirun," dan "Qul Huwallahu Ahad." (2: 161 - S.M.)

Bab: Keutamaan Dua Rakaat Sunnah Fajar

( 359 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah r.a., dari Nabi SAW.: Beliau bersabda, "Dua rakaat shalat fajar lebih baik daripada dunia dan isinya." (2: 160 - S.M.)

Tuesday 22 January 2013

Bab: Dua Rakaat Sunnah Fajar

( 358 ) Diriwayatkan dari Hafsah r.a.: Rasulullah SAW. hanya mengerjakan dua rakaat yang singkat apabila fajar telah menyingsing (2: 159 - S.M.)

Bab: Qunut dalam Shalat Maghrib

( 357 ) Diriwayatkan dari Bara' bin 'Azib r.a.: Rasulullah SAW. membaca qunut dalam shalat subuh dan maghrib. (2: 137 - S.M.)

Bab: Qunut dalam Shalat Zuhur dan Shalat Lainnya

( 356 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: "Demi Allah, saya akan mengerjakan, untuk kalian, shalat yang paling mendekati shalat Rasulullah SAW." Abu Hurairah membaca qunut dalam shalat zuhur, isyak akhir, dan shalat subuh. Dia mendoakan orang-orang Mukmin dan mengutuk orang-orang kafir. (2: 135 - S.M.)

Monday 21 January 2013

Bab: 2 - Sujud Tilawah

( 354 ) Diriwayatkan dari Abu Rafi: Saya pernah mengerjakan shalat isyak bersama Abu Hurairah r.a., dia membaca surah 'Idzas sama'un syaqqat', lalu dia bersujud. Kemudian saya menanyakan kepadanya, "Sujud apakah ini?" Dia menjawab, "Saya bersujud dengan ayat itu di belakan Abu Al-Qasim SAW., dan saya tetap akan mengerjakannya sampai saya menemui beliau." (2: 89 - S.M.)

Bab: 1 - Sujud Tilawah

( 353 ) Diriwayatkan dari Ibn 'Umar r.a.: Nabi SAW. membaca Al-Quran, dan beliau membaca surah yang di dalamnya terdapat ayat sajdah, lalu beliau bersujud dan kami pun bersujud sehingga di antara kami tidak mendapatkan tempat dahinya untuk bersujud. (2: 88 - S.M.)

Bab: 2 - Lupa di dalam Shalat dan Perintah Sujud

( 352 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a." Rasulullah SAW pernah mengerjakan salah satu shalat, zuhur atau asar, lalu beliau memberi salam pada rakaat yang kedua. Setelah itu, beliau pergi bersandar kepada sebatang kayu di arah kiblat masjid seolah-olah sedang marah. Di tengah kaum itu ada Abu Bakar r.a. dan Umar r.a., tetapi keduanya takut untuk berbicara, sedangkan orang-orang terburu-buru keluar masjid seraya berkata, "Shalat diperpendek." Kemudian seseorang yang diberi gelar "Dzul Yadain" berdiri dan berkata, "Wahai Rasulullah, apakah shalat ini diperpendek ataukah engkau lupa?" Nabi SAW. menoleh ke kanan dan ke kiri, lalu bertanya, "Apa yang dikatakan Dzul Yadian?" Para sahabat menjawab, "Dia berkata benar, engkau hanya mengerjakan shalat dua rakaat saja." Kemudian beliau menyempurnakannya dua rakaat lagi, lalu memberi salam. Setelah itu, beliau bertakbir, lalu sujud; bertakbir lagi, lalu duduk; bertakbir lagi, lalu sujud; bertakbir lagi, lalu duduk. Muhammad bin Sirin, perawi hadis ini, berkata, "Saya diberitahu 'Imran bin Hushain bahawa dia berkata, "Sesudah itu, beliau membari salam." (2: 86 - S.M.)

Bab: 1 - Lupa di dalam Shalat dan Perintah Sujud

( 351 ) Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Apabila seseorang ragu dalam shalatnya sehingga tidak tahu apakah shalatnya tiga atau empat rakaat, tinggalkanlah keraguan itu dan tetapkanlah pada keyakinannya, lalu sujudlah dua kali sebelum salam. Kalau ternyata menjadi lima rakaat, genaplah semua itu, tetapi kalau ternyata menjadi empat rakaat, kedua sujud itu sebagai penghinaan bagi setan." (2: 84 - S.M.)

Sunday 20 January 2013

Bab: Mendahulukan Makan daripada Shalat

( 350 ) Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Apabila makan malam sudah dipersiapkan, sedangkan waktu shalat sudah tiba, dahulukanlah makan malam sebelum shalat maghrib, dan janganlah tergesa-gesa makan." (2: 78 - S.M.)

Bab: Mengikat Kepala di dalam Shalat

( 349 ) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a. bahawa dia pernah melihat 'Abdullah bin Harits mengerjakan shalat dengan kepala diikat dari belakang. Lalu 'Abdullah bin 'Abbas melepaskan ikatannya itu. Setelah selesai shalat, 'Abdullah bin Harits pergi menghampiri Ibn 'Abbas seraya berkata, "Mengapa engkau lepaskan ikat kepala saya?" Ibn 'Abbas menjawab, "Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda, 'Sungguhnya, hal seperti ini tidak ubahnya dengan orang yang mengerjakan shalat dalam keadaan terbelenggu."' (2: 53 - S.M.)

Bab: Menggosok Dahak dengan Sandal

( 348 ) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin Syikhkhir r.a.: "Saya pernah mengerjakan shalat bersama Rasulullah SAW. Saat itu saya melihat beliau berdahak, lalu beliau menggosoknya dengan sandal beliau. (2: 77 - S.M.)

Bab: Mengusap Debu (di dahi) di dalam Shalat

( 347 ) Diriwayatkan dari Mu'aiqib r.a.: Nabi SAW. pernah ditanya tentang mengusap debu di dahi (di dalam shalat). Beliau bersabda, "Kalau kamu harus melakukan itu, lakukanlah sekali saja." (2: 75 - S.M.)

Bab: Shalat sambil Menggendong Anak

( 346 ) Diriwayatkan dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a.: Saya pernah melihat Rasulullah SAW. mengimami orang-orang, sedangkan Umamah binti Abi Al-Ash, yaitu puteri Zainah binti Rasulullah SAW., di atas pundak beliau. Apabila Rasulullah SAW. ruku', beliau meletakkannya, dan apabila beliau bangkit dari sujud, beliau mengendongnya kembali." (2: 73 - S.M.)

Saturday 19 January 2013

Bab: Anjuran Menahan Kuap di dalam Shalat

( 345 ) Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Apabila menguap di dalam shalat, hendaklah dia tahan sekuatnya kerana, sesungguhnya, setan memasukinya." Dalam riwayat lain, "Hendaklah dia tahan dengan tangannya di mulutnya kerana, sesungguhnya, setan memasukinya." (8: 226 - S.M.)

Bab: Seseorang yang Sedang Shalat Dilarang Meludah di Depannya

( 344 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. pernah melihat dahat di arah kiblat masjid, lalu beliau perpidato di hadapan orang banyak, "Mengapa di antara kalian ada yang berdiri menghadap Tuhannya, lalu berdahak di depan-Nya? Sudikah di antara kalian kalau ada seseorang yang menghadap kepadanya, lalu orang tersebut berdahak di depannya? Apabila seseorang hendak berdahak, hendaklah dia berdahak ke sebelah kirinya di bawah kakinya. Kalau tidak bisa berbuatlah begini!" (Qasim bin Mihran, perawi hadis ini, memperagakannya: dia meludah ke pakaiannya, lalu digisoknya satu dengan lainnya) (2: 76 - S.M.)

Bab: Dilarang Bertolak Pinggang di dalam Shalat

( 343 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW. : Beliau melarang seseorang mengerjakan shalat dengan bertolak pinggang. (2: 74 - S.M.)

Bab: Lewat di Balik Pelindung Orang yang Sedang Shalat

( 342 ) Diriwayatkan dari 'Aun bin Abi Juhaifah bahawa ayahnya pernah melihat Rasulullah SAW. dalam sebuah tenda kulit merah, kemudian terlihat pula olehnya Bilal membawa air wudhu, lalu orang-orang berebut mengambil sisa air wudhu itu. Orang yang berhasil mendapatkan sisa ait wudhu itu mengusapkannya ke  tubuhnya, sedangkan yang tidak mendapatkannya mengambil dari tangan kawannya yang basah. Setelah itu, terlihat pula Bilal menancapkan sebuah tongkat, lalu Rasulullah SAW. keluar memakai kain merah dengan menyingsingkan lengan baju beliau, terus mengerjakan shalat dua rakaat mengimami orang-orang menghadap tongkat tadi, sedangkan orang-orang dan binatang-binatang lewat di depan tongkat pelindung beliau. (2: 56 - S.M.)

Thursday 17 January 2013

Bab: Pelindung dengan Unta

( 341 ) Diriwayatkan dari Ibn 'Umar r.a.: Nabi SAW. sering melintangkan unta beliau, lalu beliau mengerjakan shalat menghadapnya. (2: 55 - S.M.)

Bab: Pelindung dengan Tombak

( 340 ) Diriwayatkan dari Ibn 'Umar r.a.: Apabila pergi untuk shalat hari raya, Rasulullah SAW. memerintahkan agar ditancapkan tombak di hadapan beliau, lalu beliau mengerjakan shalat menghadapnya, sedangkan orang-orang shalat di belakang beliau. Beliau juga biasa melakukan hal itu dalam perjalanan yang di kemudian hari ditiru oleh pemimpin-pemimpin pemerintahan setelahnya. (2: 55 - S.M.)

Bab: Pelindung Orang yang Sedang Shalat

( 339 ) Diriwayatkan dari Thalhah bin 'Ubaidillah r.a.: Kami biasa mengerjakan shalat, sedangkan binatang-binatang berlintasan di depan kami, lalu kami memberitahukan hal tersebut kepada Rasulullah SAW. bersabdalah beliau, "Buatlah di depanmu pelindung sepanjang ujung pelana unta agar tidak diganggu oleh sesuatu yang lewat di depannya." (2: 55 - S.M.)

Wednesday 16 January 2013

Bab: Dilarang Lewat di Depan Orang yang Sedang Shalat

( 338 ) Diriwayatkan dari Abu Shalih Al-Samman r.a.: Sewaktu saya bersama Abu Sa'id Al-Khudri r.a. yang sedang mengerjakan shalat pada hari Jumaat sambil menghadap suatu benda yang melindunginya dari orang yang lewat di depannya, tiba-tiba datang seorang pemuda dari Bani Abi Mu'aith hendak lewat di depan Abu Sa'id. Kemudian Abu Sa'id mendorang dadanya, tetapi pemuda itu tidak mendapat jalan lintas kecuali di depan Abu Sa'id, terpaksad dia mengulangi lagi. Abu Sa'id mendorong dadanya lebih keras daripada sebelumnya. Kemudian (setelah selesai shalat) pemuda itu mendapat makian dari Abu Sa'id. Setelah itu, dia keluar melewati kerumunan orang banyak dan pergi menemu Marwan mengadukan apa yang telah dilakukan Abu Sa'id terhadapnya. Setelah itu, Abu Sa'id pergi juga menemui Marwan (bin Hakam); lalu Marwan bertanya kepadanya, "Apa yang telah engkau lakukan terhadap anak saudaramu ini? Dia datang mengadu tentang engkau." Abu Sa'id menjawab, "Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda, 'Apabila seseorang mengerjakan shalat menghadap sesuatu yang melindunginya dari orang yang lewat di depannya, lalu ada orang hendak lewat di depannya, doronglah dadanya. Kalau dia memaksa, perangilah kerana, sesungguhnya, dia adalah setan."' (2: 57 - 58 - S.M.)

Bab: Ancaman bagi Orang yang Menyeberang di Depan Orang yang Sedang Shalat

( 337 ) Diriwayatkan dari Busr bin Sa'id r.a. bahawa Zaid bin Khalid Al-Juhani pernah mengutusnya untuk menemui Abu Juhaim untuk menanyakan hadis yang pernah didengar dari Rasulullah SAW. tentang seseorang yang menyeberang di muka orang shalat. Abu Juhaim menjawab bahawa Rasulullah SAW. bersabda, "Andaikata orang yang menyeberang di muka orang shalat itu tahu dosanya, pasti dia lebih baik berdiri tegak selama empat puluh daripada menyeberang di depan orang yang sedang shalat." Abu Nadhr berkata, "Saya tidak tahu apakah beliau bersabda empat puluh hari, empat puluh bulan, atau empat puluh tahun." (2: 58 - S.M.)

Bab: Dilarang Shalat sambil Memandang ke Langit

( 336 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Berhentilah orang-orang yang suka mengangkat pandangannya ke langit sewaktu berdoa dalam shalat, atau penglihatannya itu akan direnggut." (2: 29 - S.M.)

Sunday 13 January 2013

Bab: Bertasbih untuk Suatu Keperluan dalam Shalat

( 335 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Pembacaan tasbih adalah untuk orang laki-laki, dan tepuk tangan adalah untuk wanita, yaitu di dalam shalat." (2: 27 - S.M.)

Bab: 2 - Dilarang Berbicara dalam Shalat

( 334 ) Diriwayatkan dari Zaid bin Arqam r.a.: "Kami biasa berbicara dalam shalat. Orang berbicara dengan temannya di sampingnya, padahal dia sedang shalat sampai turun ayat, Berdirilah kerana Allah (dalam shalatmu) dengan khusyuk. Kemudian kami diperintahkan diam dan dilarang berbicara." (2: 71 - S.M.)

Bab: 1 - Dilarang Berbicara dalam Shalat

( 333 ) Diriwayatkan dari Mu'awiyah bin Hakam r.a." Sewaktu saya mengerjakan shalat bersama Rasulullah SAW., tiba-tiba ada seorang laki-laki bersin. Saya pun mengucapkan, "Yarhamukallah - semoga Allah merahmati mu", lalu orang-orang memelototi saya, saya berkata, "Celakalah saya, mengapa kalian memandangi saya seperti itu?" Lalu mereka memukulkan tangan ke pahanya dan menyuruh saya diam. Setelah Rasulullah SAW. selesai shalat, demi ayah dan ibu, saya belum pernah melihat seorang pengajar, sebelum dan sesudahnya, yang lebih baik dalam memberikan pengajaran daripada baliau. Demi Allah, beliau tidak memandang saya dengan muka masam, tidak memaki saya, dan tidak memukul saya, lalu beliau bersabda, "Sesungguhnya, shalat ini tidak patut dicampur dengan pembicaraan manusia. Shalat itu adalah tasbih, takbir, dan pembacaan Al-Quran." Saya bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya, saya ini baru masuk Islam, dan Allah telah mendatangkan Islam, sedangkan di antara kami ada yang pergi mendatangi dukun tenung." Beliau menjawab, "Janganlah kamu mendatanginya!" Saya mengatakan, "Di antara kami ada yang meramal nasib dengan burung." Beliau bersabda, "Itu hanya terkaan hati mereka kerana itu janganlah diperhambat oleh dugaan itu." Saya berkata, "Di antara kami ada yang meramal nasib dengan garis." Beliau bersabda, "Di antara nabi ada yang berbuat demikian maka orang yang bertepatan dengan garis nabi itu. tepatlah dia." Mu'awiyah berkata, "Saya mempunyai hamba sahaya perempuan yang bertugas menggembalakan kambing saya ke Bukit Uhud dan Jawwaniyah. pada suatu hari saya pergi menegoknya, kebetulan waktu itu seekor serigala menerkam kambing saya dan membawanya lari. Saya hanyalah manusia biasa, terkadang marah sebagaimana orang lain marah, lalu saya pun menampar hamba sahaya perempuan saya itu sekali. Setelah itu saya pergi menghadap Rasulullah SAW., saya sangat menyesali perbuatan saya tersebut. Saya berkata, 'Wahai Rasulullah, apakah saya harus memerdekakan dia?' Beliau menjawab, 'Bawalah dia kemari.' Setelah saya membawanya, beliau bertanya kepadanya, 'Di manakah Allah?' Dia menjawab, 'Di langit.' Beliau bertanya lagi, 'Siapakah aku?' Dia menjawab, 'Engkau adalah utusan Allah.' Lalu beliau bersabda kepada saya, 'Merdekakanlah dia, dia seorang yang beriman."' (2: 70 - 71 - S.M.)

Bab: Menjawab Salam dengan isyarat di dalam Shalat

(332 ) Diriwayatkan dari Jabir r.a.: Sesungguhnya, Rasulullah SAW. pernah mengutus saya untuk suatu keperluan, kemudian saya mendapatkan beliau sedang berjalan. (Qutaibah berkata bahawa beliau sedang shalat), lalu saya memberi salam kepada beliau, namun beliau hanya memberi isyarat (dengan kepalanya) kepada saya. Setelah selesai shalat, beliau memanggil saya seraya bersabda, "Tadi kamu memberi salam kepadaku, namun aku (tidak membalas salammu kerana aku) sedang shalat," pada saat itu beliau sedang menghadap ke timur. (2: 71 - S.M.)

Thursday 10 January 2013

Bab: Perintah Tenang dalam Mengerjakan Shalat

( 331 ) Diriwayatkan dari Jabir bin Samurah r.a.: Rasulullah SAW. pernah mendatangi kami, lalu beliau bersabda, "Mengapa ku lihat kalian mengangkat tangan seperti seekor kuda nakal di waktu sembahyang? Tenanglah dalam mengerjakan shalat." Kemudian beliau datang lagi dan melihat kami membentuk lingkaran. Kemudian beliau bersabda, "Mengapa ku lihat kalian berkelompok-kelompok?" Setelah datang lagi kepada kami, beliau bersabda, "Berbarislah sebagaimana malaikat berbaris di sisi Tuhannya." Kami menanyakan, "Wahai Rasulullah, bagaimanakah malaikat berbaris di sisi Tuhannya?" Beliau menjawab, "Mereka menyempurnakan barisan yang pertama serta merapatkan barisan-barisannya." (2: 29 - S.M.)

Bab: Shalat yang Paling Utama

( 330 ) Diriwayatkan dari Jabir r.a.:  Rasulullah SAW. pernah ditanya tentang shalat yang paling utama. Kemudian beliau menjawab, "Shalat yang panjang qunutnya." (2: 175 - S.M.)

Bab: 2 - Cara I'tidal dan Shalat yang Sempurna

( 329 ) Diriwayatkan dari Anas r.a.: "Sesungguhnya, saya akan berusaha keras mengimami kalian shalat sebagaimana Rasulullah SAW. mengimami kami shalat." Anas mengerjakan shalat tidak seperti yang kamu perbuat. Kalau mengangkat kepalanya dari ruku', dia berdiri tegak sehingga seseorang mengira bahawa dia lupa kerana lamanya, demkian pula kalau dia mengangkat kepalanya dari sujud, seseorang mengira bahawa dia lupa kerana lamanya. (2: 45 - S.M.)

Wednesday 9 January 2013

Bab: 1 - Cara I'tidal dan Shalat yang Sempurna

( 328 ) Diriwayatkan dari Barra' bin Azib r.a.: Saya pernah memandang sekilas shalat Muhammad SAW. Saya melihat beliau berdiri, ruku', i'tidal, sujud, duduk antara kedua sujud, sujud dan duduk antara salam, dan bubar hampir sama lamanya." (2: 44 - 45 S.M.)

Bab: Perintah Memperbagus Shalat

( 327 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Pada suatu hari, Rasulullah SAW. mengimami kami shalat. Setelah selesai shalat, beliau mengharapkan wajahnya kepada kami dan bersabda, "Wahai Fulan, perbaguslah shalat-mu. Hendaklah seseorang yang mengerjakan shalat memperhatikan shalatnya. Sesungguhnya, dia mengerjakan shalat untuk dirinya sendiri. Demi Allah, sesungguhnya, aku benar-benar melihat orang yang di belakangku sebagaimana aku melihat orang yang di depanku." (2: 27 - S.M.)

Tuesday 8 January 2013

Bab: Diperbolehkan Meninggalkan Shalat Berjamaah kerana Ada Uzur

Di antara hadis tentang masalah ini adalah hadis 'Itban bin Malik nombor 14 yang telah disebutkan dalam "Kitab Keimanan".

Bab: Ancaman Meninggalkan Shalat Jumaat

( 326 ) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a.: Rasulullah SAW. bersabda tentang orang-orang yang tidak menghadiri shalat Jumaat, "Sungguh, aku ingin rasanya menyuruh seseorang mengimami shalat orang-orang, kemudian aku membakar rumah-rumah orang yang tidak menghadiri shalat Jumaat." (2: 123 -124 S.M.)

Monday 7 January 2013

Bab: Ancaman Meninggalkan Shalat Isyak dan Subuh Berjamaah

( 325 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Sesungguhnya, shalat yang berat (dikerjakan) bagi orang-orang munafik adalah shalat isyak dan subuh; andaikan mereka mengetahui besar pahalanya, pasti mereka akan mendatanginya walaupun harus merangkak. Sungguh, aku pernah bermaksud menyuruh dikumandangkan azan dan didirikan shalat, kemudian aku suruh seorang laki-laki menjadi imam, lalu aku pergi bersama beberapa orang sambil membawa beberapa ikat kayu bakar mendatangi orang-orang yang tidak menghadiri shalat berjamaah, kemudian akan aku bakar rumah-rumah mereka." Dalam riwayat lain ada tambahan, "Andaikan di antara mereka ada yang mengetahui bahawa dia akan mendapatkan tulang yang berdaging gemuk, tentu mereka akan menghadiri shalat isyak itu." (2: 123 - S.M.)

Bab: Keutamaan Shalat Isyak dan Subuh Berjamaah

( 324 )  Diriwayatkan dari 'Abd Al-Rahman bin Abi 'Amrah: 'Utsman bin 'Affan r.a. pernah memasuki masjid sesudah shalat maghrib, lalu dia duduk sendirian, saya pun duduk di dekatnya. Dia berkata, "Wahai anak saudaraku, aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda, 'Barang siapa mengerjakan shalat isyak berjamaah, dia seperti beribadah setengah malam. Barang siapa mengerjakan shalat subuh berjamaah, dia seperti mengerjakan shalat semalam suntuk."' (2: 125 - S.M.)

Bab: Menunggu Shalat Berjamaah dan Keutamaan Berjamaah

( 323 B ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Shalat berjamaah seorang laki-laki lebih baik baginya daripada shalat sendirian di rumahnya, dan keutamaannya sebanyak dua puluh derajat lebih. Sesungguhnya, seseorang yang berwudhu dengan bagus, lalu pergi ke masjid dengan maksud hanya untuk mengerjakan shalat, Allah akan mengangkat dalam setiap kali langkahnya itu satu derajat, dan digugurkan pula satu kesalahannya sampai dia memasuki masjid. Setelah masuk masjid, dia tercatat dalam shalat selagi dia tetap menunggunya, dan semua malaikat mendoakannya selama dia tetap di tempat shalatnya. Malaikat itu berdoa. 'Wahai Allah, sayangilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selagi dia tidak mengganggu dan tidak berhadas."' (2: 128 - 129 - S.M.)

Sunday 6 January 2013

Bab: Shalat Jamaah Termasuk Jalan Petunjuk

( 323 A) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a.: Dahulu kami memandang tidaklah akan tertinggal mengerjakan shalat jamaah, kecuali orang munafik yang jelas kemunafikannya, atau orang sakit, padahal ada juga orang sakit yang berjalan sambil dipapah oleh dua orang untuk pergi ke masjid mengerjakan shalat. 'Abdullah berkata, "Sesungguhnya, Rasulullah SAW. telah mengajarkan kepada kita jalan petunjuk, di antaranya ialah shalat di masjid yang dikumandangkan suara azan di dalamnya." (2: `124 - S.M.)

Bab: Keutamaan Shalat Berjamaah

( 322 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Shalat berjamaah lebih utama daripada salah seorang dari kamu shalat sendirian sebanyak dua puluh lima kali derajat." (2: 122 - S.M.)

Bab: Wajib Mendatangi Masjid bagi Orang yang Mendengar Seruan Azan

( 321 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Seorang laki-laki buta pernah datang kepada Rasulullah SAW. dan bertanya, "Wahai Rasulullah, saya tidak punya penuntun untuk pergi ke masjid." Orang itu minta keringanan kepada Rasulullah SAW. untuk mengerjakan shalat di rumahnya saja. Beliau memperbolehkannya. Setelah pulang, orang tersebut dipanggil lagi dan beliau bertanya, "Apakah kamu mendengar seruan shalat (azan)?" Orang itu menjawab, "Ya," Beliau bersabda, "Penuhilah panggilan itu (pergilah ke masjid)!" (2: 124 - S.M.)

Bab: Apabila imam Terlambat, Orang Lain Maju Menggantikannya

( 320 ) Diriwayatkan dari Mughirah bin Syu'bah r.a.: bahawa dia mengikuti Perang Tabuk bersama Rasulullah SAW. Waktu itu Rasulullah SAW pergi buang air besar sebelum shalat subuh, sedangkan dia yang membawa airnya. Setelah beliau selesai, dia menuangkan air itu ke tangan beliau, dan beliau mencucinya tiga kali, lalu beliau mencuci muka. Setelah itu, beliau menyingsingkan jubah dari kedua hastanya. Akan tetapi, kerana kedua pergelangan beliau terlalu sempit, dilepaskanlah jubah itu dari kedua tangannya, lalu kedua pergelangannya dicuci sampai kedua siku. Kemudian beliau berwudhu dan mengusap kedua sepatu laras yang dipakainya, lalu beliau pergi shalat. Mughirah berkata, "lalu saya bersama beliau mendapatkan orang-orang sudah memajukan 'Abd Al-Rahman bin 'Aur menjadi imam shalat mereka. Dalam shalat ini Rasulullah SAW. sempat mengejar satu rakaat bersama orang-orang, yaitu rakaat yang terakhir. Setelah 'Abd Al-Rahman bin 'Auf memberi salam, Rasulullah SAW. berdiri menyempurnakan shalatnya, hal itu membuat orang-orang terkejut, lalu mereka ramai-ramai mengucapkan tasbih. Setelah selesai shalat, beliau menghadap kepada jamaah dan bersabda, 'Kalian telah berbuat baik,' atau beliau bersabda, 'Kalian telah berbuat benar.' Beliau memuji mereka kerana mengerjakan shalat tepat pada waktunya." (2: 26 - S.M.)

Saturday 5 January 2013

Bab: Imam Digantikan Orang lain kerana Sakit, lalu Shalat Berjamaah

( 319 ) Diriwayatkan dari 'Ubaidullah bin 'Abdillah r.a.: Saya pernah mendatangi 'A'isyah r.a., saya berkata kepadanya, "Sudikah engkau menceritakan kepada saya tentang sakit Rasulullah SAW.?" Dia menjawab "Ya, setelah Nabi SAW. sakit parah, beliau bertanya, 'Apakah orang-orang sudah shalat?' Kami menjawab, 'Belum, mereka sedang menunggu engkau wahai Rasulullah.' Beliau berkata, 'Ambilkan air untukku di bejana itu!' Kami pun melaksanakannya, lalu beliau mandi. Setelah itu, beliau berusaha untuk bangun, tetapi beliau pingsan. Setelah siuman, beliau bertanya, 'Apakah orang-orang sudah shalat?' Kami menjawab, 'Belum, mereka sedang menunggu engkau wahai Rasulullah.' Beliau bersabda, 'Ambilkan air untukku di bejana itu!' Kami pun melaksanakannya, lalu beliau mandi. Setelah itu, beliau berusaha untuk bangun, tetapi beliau pingsan kembali. Setelah siuman, beliau bertanya, 'Apakah orang-orang sudah shalat?' Kami menjawab, 'Belum, mereka sedang menunggu engkau wahai Rasulullah.' Beliau bersabda, 'Ambilkan air untukku di bejana itu!' Kami pun melaksanakannya, lalu beliau mandi. Setelah itu beliau berusaha untuk bangun, tetapi beliau pingsan kembali. Setelah siuman, beliau bertanya, 'Apakah orang-orang sudah shalat?' Kami menjawab, 'Belum, mereka sedang menunggu engkau wahai Rasulullah."' 'A'isyah berkata, "Waktu itu orang -orang sedang berdiam di masjid menunggu Rasulullah SAW. mengerjakan shalat isyaknya yang terakhir. Lalu Rasulullah SAW. mengutus seseorang kepada Abu Bakar agar dia mengimami orang-orang shalat berjamaah. Utusan itu pergi kepadanya dan memberitahukan bahawa Rasulullah SAW. memerintahkannya untuk mengimami orang-orang shalat berjamaah. Lalu Abu Bakar r.a., seorang yang sangat halus perasaannya (suka menangis kalau membaca Al-Quran), berkata, 'Wahai 'Umar, shalatlah bersama orang-orang sebagai imam!' 'Umar berkata, 'Engkaulah yang lebih berhak menjadi imam.' Lalu Abu Bakar menjadi imam dalam beberapa hari itu. Setelah Rasulullah SAW. merasa sakitnya berkurang, beliau keluar menuju masjid dengan dipapah oleh dua orang laki-laki, salah satunya ialah 'Abbas, untuk mengerjakan shalat zuhur, sedangkan Abu Bakar waktu itu sedang mengimami orang-orang shalat berjamaah. Setelah Abu Bakar melihat beliau, dia mundur dari tempatnya, tetapi Nabi SAW. memberi isyarat agar dia tetap saja ditempatnya. Lalu beliau berkata kepada kedua orang yang memapahnya agar beliau didudukkan di sampaing Abu Bakar. Lalu beliau pun didudukkan di samping Abu Bakar, ketika itu Abu Bakar berdiri mengikuti shalat Nabi SAW., orang-orang mengikuti shalat Abu Bakar, sedangkan Nabi SAW. mengerjakan shalat sambil duduk." 'Ubaidullah berkata, "Saya menemui 'Abdullah bin 'Abbas r.a. dan berkata kepadanya, 'Maukah saya sampaikan kepada engkau mengenai cerita 'A'isyah tentang sakit Nabi SAW.? Dia menjawab, 'Ya, sampaikanlah kepadaku!' lalu saya ceritakan hadis 'A'isyah itu kepadanya, ternyata dia sama sekali tidak menyangkalnya, tetapi dia berkata, 'Apakah 'A'isyah menyebutkan nama orang yang bersama 'Abbas itu? Saya menjawab, 'Tidak.' 'Abdullah bin Abbas berkata, 'Dia adalah 'Ali r.a."' (2: 20 - 21 - S.M.)

Bab: Imam Diharuskan Memendekkan Bacaannya dalam Shalat

( 318 ) Diriwayatkan dari Abu Mas'ud Al-Anshari r.a.: Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah SAW. dan berkata, "Sungguh, saya akan mengakhirkan shalat subuh kerana si fulan suka memperpanjang bacaannya ketika menjadi imam." Saya belum pernah melihat Rasulullah SAW. marah sehebat itu dalam memberikan nasihat. Beliau bersabda, "Wahai manusia, sesungguhnya, di antara kamu ada yang suka menyebabkan orang enggang mengerjakan shalat berjamaah maka barang siapa di antara kamu yang menjadi imam, hendaklah memendekkan bacaannya kerana makmum di belakangnya ada yang tua, lemah, dan mempunyai hajat." 92: 42 - 43 - S.M.)

Thursday 3 January 2013

Bab: mengikuti Gerak-Geri Imam

( 317 ) Diriwayatkan dari Barra': Para sahabat Nabi SAW. biasa mengerjakan shalat bersama Rasulullah SAW. Apabila beliau ruku', mereka pun ruku', apabila mengangkat kepala setelah ruku', beliau membaca, "Sami'allahu liman hamidah," mereka tetap berdiri hingga melihat beliau meletakkan wajahnya ke tanah, kemudian mereka pun mengikuti beliau (sujud). (2: 46 - S.M.)

Bab: Siapakah Orang yang Paling pantas Menjadi Imam?

( 316 ) Diriwayatkan dari Abu Mas'ud Al-Anshari r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Orang yang paling berhak menjadi imam shalat dalam suatu kaum adalah orang yang paling hafal Al-Quran. Jika mereka sama dalam hal itu, yang paling mengetahui tentang sunnah; kalau mereka sama dalam hal itu, yang paling dahulu hijrah; kalau mereka sama dalam hal itu, yang lebih dahulu masuk Islam. Dan janganlah seseorang menjadi imam dalam kekuasaan orang lain, dan jangan pula duduk di atas tempat duduk tuan rumah, kecuali dengan izinnya." (2: 133 - S.M.)

Wednesday 2 January 2013

Bab: berganjak ke Kanan dan ke Kiri Setelah Selesai Shalat

( 315 ) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a.: "Janganlah seseorang dari kalian menjadikan setan sebagai bagian dalam dirinya dengan berkeyakinan bahawa sepantasnya dia hanya beranjak dari arah kanannya (setelah selesai shalat); saya melihat Rasulullah SAW. lebih sering berganjak dari arah kiri beliau." (2: 153 - S.M.)

Bab: Tasbih, Tahmid, dan Takbir Sesudah Shalat

( 314 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW.: Beliau bersabda, "Barang siapa membaca, 'Subhanallah' setiap selesai shalat sebanyak tiga puluh tiga kali, 'Alhamdulillah' sebanyak tiga puluh tiga kali, dan 'Allahu Akhbar' sebanyak tiga puluh tiga kali, yang jumlah semuanya itu sembilan puluh sembilan, lalu disempurnakan menjadi seratus kali dengan ucapan, 'La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulk, walahul hamd, wa Huwa 'ala kulli syai-'in qadir (Tiada tuhan selain Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, hanya Dialah yang memiliki semua kerajaan, hanya bagi-Nyalah semua puji-pujian, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu)' maka akan diampuni dosa-dosanya walaupun banyaknya seperti buih laut." (2: 98 - S.M.)

Bab: Pembacaan Takbir Sesudah Shalat

( 313 ) Diriwayatkan dari Ibn 'Abbas r.a.: "Kami dahulu mengetahui bahawa akhir shalat Rasulullah SAW. dengan Takbir." (2: 91 - S.M.)

Bab: Bacaan Sesudah Shalat

( 312 ) Diriwayatkan dari Warrad, Maula Mughirah bin Syu'bah: Mughirah bin Syu'bah pernah mengirim surat kepada Mu'awiyah bahawa jika selesai mengerjakan shalat, Rasulullah SAW. mengucapkan, "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wa Huwa 'ala kulli syai-in qadir, Allahumma La mani'a lima a'thaita, wala mu'thia lima mana'ta, wala yanfa'u dzal jaddi minkal jadd (Tiada tuhan selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, hanya bagi-Nyalah semua kerajaan dan semua puji-pujian, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Wahai Allah, tidak ada yang dapat menahan apa saja yang Engkau beri, dan tak ada yang dapat memberi apa saja yang Engkau tahan, dan tiada yang kuasa memberikan manfaat selain dari Mu)." (2: 95 - S.M.)

Bab: Dimakruhkan Salam dengan Isyarat Tangan

( 311 ) Diriwayatkan dari Jabir bin Samurah r.a.: Apabila mengerjakan shalat bersama Rasulullah SAW., kami mengucapkan, 'As-salamu 'alaikum warahmatullah, as-salamu 'alaikum wa rahmatullah,' sambil memberi isyarat dengan tangan ke kanan dan ke kiri. Kemudian Rasulullah SAW. bersabda, "Mengapa kamu memberi isyarat dengan tanganmu?" Dalam riwayat lain, beliau bersabda, "Mengapa aku lihat kamu mengangkat tangan seperti ekor kuda yang bandel" Cukuplah seseorang meletakkan tangannya di atas pahanya, lalu mengucapkan salam kepada saudaranya yang sebelah kanan dan kirinya." (2: 29 - 30 - S.M.)

Bab: Salam dalam Shalat

( 310 ) Diriwayatkan dari 'Amir bin Sa'ad, dari ayahnya: Saya melihat Rasulullah SAW. memberi salam ke kanan dan ke kiri beliau sehingga saya melihat putihnya pipi beliau." (2: 91 - S.M.)

Bab: Shalawat atas Nabi SAW

( 309 ) Diriwayatkan dari Abu Mas'ud Al-Anshari r.a.: Rasulullah SAW. pernah mendatangi kami sewaktu kami berada di majlis Sa'ad bin Ubadah r.a. Lalu Basyir bin Sa'ad bertanya kepada Rasulullah SAW, "Allah telah memerintahkan kami membaca shalawat untuk engkau wahai Rasulullah, bagaimana cara kami membaca shalawat untukmu?" Rasulullah SAW. terdiam cukup lama sehingga kami berharap dia tidak menanyakan hal tersebut kepada beliau. Setelah itu, beliau bersabda, "Katakanlah, "Allahumma shalli 'ala Muhammad wa 'ala Ali Muhammad, kama shallaita 'ala Ali Ibrahim, wabarik 'ala Muhammad wa 'ala Ali Muhammad, kama barakta 'ala Ali Ibrahim fil 'alamina inna-Ka Hamidun Majid (Wahai Allah, limpahkanlah rahmat atas Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau telah melimpahkannya atas keluarga Ibrahim, dan limpahkanlah keberkahan atas Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau telah melimpahkannya atas keluarga Ibrahim, Sesungguhnya, Engkau Maha Terpuji lagi Mahabesar),' lalu kamu memberi salam sebagaimana yang telah kamu ketahui." (2: 16 - S.M.)

Tuesday 1 January 2013

Bab: Mengutuk Setan dalam Shalat dan Memohon Perlindungan (Allah) darinya

( 308 ) Diriwayatkan dari Abu Darda r.a.: Nabi SAW. pernah berdiri mengerjakan shalat, lalu saya mendengar beliau mengucapkan, "Aku berlindung kepada Allah darimu." Setelah itu, beliau mengucapkan lagi, "Aku mengutukmu dengan kutukan Allah," beliau mengucapkannya tiga kali, dan mengulurkan tangannya sepertinya mengambil sesuatu. Setelah beliau selesai shalat, kami bertanya, "Wahai Rasulullah, kami mendengar engkau mengucapkan sesuatu dalam shalat yang belum pernah kami mendengarnya sebelum itu, dan kami melihat pula engkau mengulurkan tanganmu." Beliau menjawab, "Sesungguhnya, musuh Allah, iblis, datang kepadaku membawa suluh api hendak diarahkan ke mukaku. Oleh kerana itu, aku mengucapkan, 'Aku berlindung kepada Allah darimu,' tiga kali. Lalu aku mengucapkan, 'Aku mengutukmu dengan sepenuh kutukan Allah.' Iblis itu tidak mundur sampai aku mengucapkannya tiga kali, kemudian aku ingin menangkapnya. Demi Allah, kalau bukan kerana aku ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu iblis itu akan aku ikat untuk mainan anak-anak penduduk Madinah." (2: 73 - S.M.)