Wednesday 30 April 2014

Bab: Yang Haram Minuman Khamarnya, Bukan Wadahnya

( 1274 ) Diriwayatkan dari Buraidah r.a., dari Rasulullah SAW.: Beliau bersabda, "Aku pernah melarang beberapa tempat minuman kepadamu. Sesungguhnya, bejana tidak dapat menghalalkan atau mengharamkan sesuatu, melainkan segala yang memabukkan itulah yang haram." (6: 98 - S.M.)

Bab: Diperbolehkannya Memakai Tempat Minum dari Tempayan Batu

( 1273 ) Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a.: Rasulullah SAW. biasa dibuatkan minuman dari perahan anggur yang belum menjadi khamar di dalam sebuah tempat air minum dari kulit. Apabila tidak ada, dibuatkan dalam sebuah tempayan batu. Lalu saya mendengar sebagian orang bertanya kepada Abu Zubair, "Dari batu?" Jawabnya, "Ya, dari batu." (6: 98 - S.M.)

Bab: Larangan Membuat Khamar di Dalam Bejana Labu dan Bejana Ter

( 1272 ) Diriwayatkan dari Zadzan: Aku pernah berkata kepada Ibn Umar r.a.,"Ajarkanlah aku tentang hadis Nabi SAW. yang melarang minuman keras dengan bahasa Anda, dan uraikanlah kepadaku dengan bahasa kami kerana bahasa Anda tidak seperti bahasa kami." Lalu Ibn Umar berkata, "Rasulullah SAW. melarang kami membuat bejana hantam, yaitu bejana keramik; duba, yaitu bejana yang terbuat dari labu (dilubangi); muzaffat, yaitu bejana yang dilumuri dengan pelangkin (ter dan aspal), dan naqir, yaitu bejana yang terbuat dari pangkal pohon kurma yang dikuliti bersih, kemudian dilubangi dan dibuat tempat memerah minuman keras." (6: 97 - S.M.)

Tuesday 29 April 2014

Bab: Larangan Mencelup Pakaian dengan Warna Kuning

( 1346 ) Diriwayatkan dari Anas r.a.: Rasulullah SAW. melarang laki-laki mencelup pakaian dengan warna kuning (kunyit). (6: 155 - S.M.)

Bab: 2 - Larangan Memakai Kain Katun Campur Sutera, Kain Celup Kuning, dan Cincin Emas

( 1345 ) Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.: Rasulullah SAW. pernah melihat dua pakaianku yang dicelup kuning, lalu beliau bersabda, "Pakaian ini termasuk pakaian orang-orang kafir, maka janganlah kamu memakainya." Aku bertanya, "Apakah sebaiknya aku cuci saja pakaian itu?" Sabda beliau, "Tidak, bahkan bakar saja pakaian itu!" (6: 144 - S.M.)

Bab: 1 - Larangan Memakai Kain Katun Campur Sutera, Kain Celup Kuning, dan Cincin Emas

( 1344 ) Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib r.a.: Rasulullah SAW. melarang memakai kain katun bercampur sutera, kain dicelup kuning, dan memakai cincin emas, serta melarang membaca Al-Quran pada waktu ruku'. (6: 144 - S.M.)

Monday 28 April 2014

Bab: Pintu Taubat Terbuka pada Siang dan Malam

( 1921 ) Diriwayatkan dari Abu Musa r.a., dari Nabi SAW.: Beliau bersabda, "Sesungguhnya, Allah Azza wa Jalla  membuka tangan-Nya pada malam hari agar orang yang berdosa pada siang harinya bertaubat. Dan Allah membuka tangan-Nya pada siang hari agar orang yang berdosa pada malam harinya dapat bertaubat, sebelum matahari terbit dari arah barat." (8: 100 - S.M.)

Bab: Taubat Diterima Sebelum Matahari Terbit dari Arah Barat

( 1920 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, Allah menerima taubatnya." (8: 73 - S.M.)

Bab: Kisah Diterimanya Taubat Pembunuh Seratus Orang

( 1919 ) Diriwayatkan dari Ab Sa'id Al-Khudri r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Di antara umat sebelummu ada seorang laki-laki yang telah membunuh 99 orang. Lalu orang itu bertanya kepada yang paling alim di permukaan bumi ini. Kemudian ditunjukkanlah dia kepada seorang pendeta. Setelah orang itu sampai di hadapan pendeta, berkatalah kepadanya bahawa dia telah membunuh orang sebanyak 99 jiwa. Apakah baginya masih dibukakan pintu taubat? Jawab pendeta, 'Tidak.' Kerana pendeta tersebut menjawab tidak, pendeta itu dibunuhnya juga sehingga sempurnalah korban menjadi seratus orang. Kemudian orang itu bertanya lagi, di manakah orang yang paling alim di permukaan bumi ini? Ditunjukkanlah orang itu kepada seorang ulama yang memang alim. Orang itu berkata bahawa dia telah membunuh orang sebanyak seratus korban. Apakah baginya masih terbuka pintu taubat? Jawab ulama itu, 'Ya', memangnya siapa yang akan menghalang-halangi pintu bertaubat? Pergilah negeri anu kerana penduduknya adalah ahli ibadah kepada Allah 'Azza wa Jalla.  Lalu beribadahlah kamu di sana bersama mereka, jangan pulang ke negeri mu kerana negeri mu penduduknya telah rusak. Lalu, berangkatlah orang itu. Setelah sampai di tengah perjalanan, orang itu meninggal dunia. Kemudian, terjadilah perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat azab. Kata malaikat rahmat, 'Dia telah bertaubat, dan dengan sepenuh hatinya dia telah menghadap Allah 'Azza wa Jalla.' Malaikat azab berkata, "Sesungguhnya, dia belum pernah melakukan kebaikan sama sekali.' Tiba-tiba, datanglah malaikat yang menyerupai seorang manusia. Lalu malaikat ini ditunjuk sebagai penengah di antara mereka. Kemudian dia berkata, 'Ukurlah jarak antara dua negeri itu, lalu ke negeri manakah yang lebih dekat, bawalah orang itu ke situ!' Lalu diukurlah jaraknya, ternyata orang itu lebih dekat kepada negeri yang ditujunya. Oleh kerana itu, mayatnya dibawa ke negeri yang ditujunya." Qatadah berkata bahawa Hasan Al-Bishri berkata, "Dikatakan kepada kami bahawa setelah malaikat maut datang, orang itu membaringkan dirinya (ke negeri yang dituju)." (8: 103 - 104 - S.M.)

Friday 25 April 2014

Bab: Tiga Orang yang Ditunda Penerimaan Taubatnya

( 1918 ) Diriwayatkan dari Ibn Syihab: Kemudian Rasulullah SAW. mengadakan penyerangan di Tabuk terhadap bangsa Romawi dan orang-orang Nasrani Arab di Syam. Abdurrahman bin Abdullah bin Ka'b bin Malik bercerita kepadaku bahawa Abdullah bin Ka'b - di antara anak Ka'b yang biasa menuntun Ka'b setelah Ka'b buta - mendengar Ka'b menceritakan hadis ketika Ka'b tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW. dalam Perang Tabuk. Ka'b bin Malik berkata, "Aku belum pernah tertinggal satu kali pun dalam suatu peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW., kecuali pada Perang Tabuk. Selain itu, aku tidak ikut serta dalam Perang Badar. Akan tetapi, beliau tidak mencela seorang pun yang tertinggal dari perang tersebut kerana beliau keluar bukan untuk berperang. Beliau bersama orang-orang Islam hanya bermaksud mencegat rombongan Quraisy yang kemudian tanpa terduga mereka dipertemukan dengan musuh-musuh mereka. Aku bersama Rasulullah SAW. dalam Aqabah, ketika berjanji setia untuk Islam. Dan aku lebih suka mengikuti malam Aqabah daripada Perang Badar, walaupun Perang Badar itu lebih dikenang di hati orang banyak. Di antara berita tentang aku yang tertinggal dari Rasulullah SAW. dalam Perang Tabuk itu, sebenarnya aku pada waktu peperangan itu dalam kondisi sangat kuat dan situasi sangat senang. Demi Allah, sebelum itu aku dapat mengumpulkan dua ekor unta kendaraan untuk persiapan peperangan, sedangkan pada peperangan lainnya belum pernah kulakukan seperti itu. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW. melakukan peperangan itu pada musim sangat panas dan menempuh jarak perjalanan jauh, padang tandus dan kering, serta musuh yang sangat banyak jumlahnya. Oleh kerana itu, dijelaskanlah hal itu kepada orang-orang Islam agar mereka dapat memperlengkapi persiapan perang dengan lengkap, serta diberitahukan pula kepada mereka jalan yang akan mereka tempuh. Orang-orang Islam yang menyertai Rasulullah SAW. pada waktu itu cukup banyak, hanya saja, tidak ada yang mendaftar nama-nama mereka sehingga orang yang hendak absen mengira tidak akan diketahui oleh beliau, selagi wahyu tidak memberitahukannya. Rasulullah SAW. mengadakan penyerangan ini pada musim pepohonan berbuah tua dan berdaun rindang. Sebenarnya, aku ingin turut berperang. Setelah Rasulullah SAW. bersama orang-orang Islam bersiap untuk berangkat, aku segera pulang untuk mempersiapkan diri pula, tetapi setelah sampai di rumah, ternyata aku tidak berbuat apa-apa, dan di dalam hatiku berkata, 'Sesungguhnya, sewaktu-waktu aku mampu menyelesaikan hal itu.' Demikianlah keadaanku sampai berlarut-larut hingga orang-orang benar-benar telah mempersiapkan diri. Pada esok harinya, Rasulullah SAW. bersama orang-orang Islam benar-benar telah berangkat, sedangkan aku belum juga bersiap. Oleh kerana itu, aku segera pulang lagi untuk mempersiapkan diri, namun sesampainya di rumah, aku tidak berbuat apa-apa lagi. Begitulah keadaanku berlarut-larut hingga seluruh pasukan telah berangkat menuju medan tempur. Aku bermaksud akan mengejar mereka, tetapi apa boleh buat suratan takdir tidak memperkenankanku. Setelah keberangkatan Rasulullah SAW., dengan segera aku berkemas untuk mengejar beliau. Lalu keluarlah aku mencari teman, tetapi alangkah sedih hatiku kerana yang kudapatkan hanyalah orang-orang munafik dengan orang-orang lemah yang memang telah dimaafkan oleh Allah. Rasulullah SAW. tidak menyebut-nyebut namaku hingga beliau sampai di Tabuk. Setelah beliau sampai di Tabuk, tatkala duduk di tengah-tengah kaum Muslim, baru beliau bertanya, 'Apa yang dilakukan oleh Ka'b bin Malik?' Seorang laki-laki Bani Salimah berkata, 'Wahai Rasulullah, dia berhalangan kerana membanggakan dirinya.' Mu'adz bin Jabal berkata kepada orang itu, 'Jelek sekali ucapan mu itu!' Lalu Mu'adz berkata, 'Wahai Rasulullah, demi Allah, setahu kami dia adalah orang yang baik-baik saja.' Rasulullah SAW. diam tidak menyahut. Dalam keadaan demikian, terlihatlah oleh beliau seorang laki-laki berpakaian putih-putih dari kejauhan, kemudian orang itu hilang kerana ditelan fatamorgana. Lalu Rasulullah SAW. bersabda, 'Kiranya kamu Abu Khaitsamah.' Ternyata orang itu benar-benar Abu Khaitsamah Al-Anshari, yang pernah bersedekah satu gantang kurma, kemudian dia diejek oleh orang-orang munafik." Selanjutnya, Ka'b bin Malik berkata, "Setelah berita kedangan Rasulullah SAW. sampai kepadaku - Rasulullah SAW. telah bertolak dari Tabuk (sampai di Madinah pada bulan Ramadhan) - timbullah rasa duka di hatiku kerana kesalahanku, dan aku bertanya-tanya, 'Dalih kebohongan apakah yang akan kuhadapkan kepada beliau besok agar beliau tidak murka kepadaku? Lalu aku meminta pendapat kepada saudaraku. Setelah aku mendengar bahawa Rasulullah SAW. telah datang, lenyaplah fikiran jahatku kerana aku tahu bahawa aku tidak akan bisa terhindar sedikit pun dari hukuman beliau, sekalipun aku mengatakan dengan seribu macam alasan kepada beliau. Oleh kerana itu, aku bertekad untuk berbuat jujur dengan berterus terang kepada beliau. Lalu Rasulullah SAW. datang pada pagi hari, dan sebagaimana  biasanya, setelah beliau tiba dari suatu perjalanan, beliau langsung saja memasuki Masjid seraya melakukan shalat sunnah dua rakaat. Setelah itu, beliau duduk dengan orang banyak. Ketika itulah orang-orang yang tidak ikut berperang berdatangan kepada beliau mengemukakan alasan mereka dan diperkuat dengan sumpah. Mereka itu lebih dari delapan puluh orang laki-laki. Rasulullah SAW. menerima alasan mereka, dan mereka di baiat serta didoakan agar diberi ampunan, sedangkan rahsia hati mereka diserahkan kepada Allah jua. Setelah sampai pada bagianku, aku menghadap beliau. Ketika aku  memberi salam, beliau tersenyum dengan muka masam, kemudian bersabda, 'Kemarilah!' Lalu aku berjalan menghadap beliau. Setelah aku duduk di depan beliau, beliau bertanya kepadaku, 'Mengapa kamu tidak ikut berperang? Bukankah kamu telah membeli unta kendaraan?' Kataku, 'Benar, wahai Rasulullah. Demi Allah, andaikan aku bukan berhadapan dengan engkau dari penduduk dunia ini, pasti aku dapat menghindarkan diri dari murka engkau dengan suatu dalih, yang memang aku telah diberi kemampuan untuk berdebat. Akan tetapi, demi Allah, aku tahu benar bahawa jika aku sekarang berdusta kepada engkau sehingga membuat engkau senang kepadaku kerana dalih dustaku itu, Allah pasti murka kepadaku. Dan sebaliknya, jika aku berterus terang dan berkata dengan jujur, tentu engkau akan murka kepadaku. Akan tetapi, aku tetap mengharapkan kebaikan dan ampunan Allah. Demi Allah, aku tidak punya halangan sedikit pun untuk berperang. Demi Allah, aku belum pernah sekuat dan selapang seperti saat-saat sekarang ini.' Rasulullah SAW. bersabda, 'Yang kamu katakan itu betul. Pergilah sehingga Allah memberi keputusan tentangmu!' Kemudian aku pergi, sedangkan orang-orang dari Bani Salimah berlompatan dan menggikutiku, lalu mereka berkata, 'Demi Allah, sepengetahuan kami, Anda belum pernah berbuat suatu kesalahan sebelum ini, mengapa Anda tidak berdalih saja kepada Rasulullah SAW., sebagaimana yang dilakukan orang-orang lain yang tidak ikut berperang? Sungguh, Allah akan mengampuni dosa berkat Rasulullah SAW. buat Anda!' Kataku, 'Demi Allah, mereka selalu mencelaku sehingga aku bermaksud hendak kembali kepada Rasulullah SAW. untuk meralat ucapan jujurku kepada beliau.' Kemudian aku berkata kepada mereka, 'Adakah orang lain yang peristiwanya sama sepertiku ini?' Jawab mereka, 'Ya, ada. Yaitu dua orang laki-laki yang pengakuan mereka sama dengan pengakuanmu, dan mereka juga mendapat ketentuan sepertimu.' Aku bertanya, 'Siapakah kedua orang itu?' Jawab mereka, 'Murarah bin Rabi'ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayyah Al-Waqifi.' Mereka menyebutkan dua orang laki-laki yang saleh kepadaku, yaitu kedua sahabat Nabi SAW. yang ikut serta dalam Perang Badar yang pantas menjadi teladan umat. Setelah mereka menyebutkan kedua sahabat teladan itu, aku pun pergi, sedangkan Rasulullah SAW. melarang orang-orang Islam berbicara dengan kami bertiga, yang tidak ikut berperang. Oleh kerana itu, orang-orang menjauhkan diri dari kami, dan sikap mereka berubah sehingga aku mejadi bingung dan merasa asing di negeri sendiri. Hal itu berlangsung sampai lima puluh malam lamanya, sedangkan kedua kawanku yang senasib tetap tinggal di dalam rumahnya masing-masing sambil menangis. Akan tetapi, aku orang yang paling muda dan lebih gagah di antara kami bertiga. Oleh kerana itu, aku tetap keluar rumah (seperti biasanya) dan menghadiri shalat (berjamaah di masjid), dan keluar-masuk pasar, walaupun aku tidak disapa orang. Bahkan, aku pernah pergi menghadap Rasulullah SAW., lalu aku memberi salam sewaktu beliau berada di majlisnya sesudah salat. Aku berkata di dalam hatiku. 'Apakah beliau menggerakkan kedua bibirnya itu menjawab salamku ataukah tidak? Kemudian aku pun melakukan shalat di dekat beliau sambil melirik kepadanya. Selesai shalat, beliau melihatku, tetapi setelah aku menoleh kepada beliau, beliau memalingkan wajahnya. Setelah situasi itu berlarut agak lama, aku pergi ke rumah Abu Qatadah, anak pamanku, orang yang paling kucintai. Aku memberi salam kepadanya, tetapi demi Allah, dia tidak menjawab salamku. Lalu aku berkata kepadanya, 'Wahai Abu Qatadah, aku bersumpah dengan nama Allah, aku bertanya kepadamu, tahukah kamu bahawa aku benar-benar mencintai Allah dan Rasul-Nya?' Abu Qatadah diam saja, tidak mengindahkan pertanyaanku. Aku pun mengulangi pertanyaanku, tetapi Abu Qatadah masih tetap tidak mengindahkan pertanyaanku. Kemudian ku ulangi lagi pertanyaanku, lalu dia berkata, 'Allah dan RAsul-Nya lebih mengetahui.' Mendengar jawaban Abu Qatadah, bercucuranlah air mataku berderai-derai, lalu dengan segera aku pulang. Pada suatu ketika, aku berjalan di pasar Madinah, lalu seorang petani Syam yang biasa menjual makanan di Madinah bertanya, 'Siapa yang dapat menunjukkan Ka'b bin Malik kepadaku?' Lalu, orang-orang menunjuk kepadaku, kemudian petani Syam itu pergi kepadaku seraya menyerahkan secarik surat dari Raja Ghassan Aku memang seorang yang pandai menulis dan membaca. Lalu surat itu kubaca, dan isinya berbunyi, 'Amma ba'du, sesungguhnya, telah sampai berita kepada kami bahawa sahabat mu (Nabi Muhammad SAW.) telah memutuskan hubungan denganmu. Allah tidak pernah menjadikanmu seorang yang hina dan tersia-sia di suatu negeri. Oleh kerana itu, silakan kamu menemui kami, pasti kami dapat membantumu!' Setelah membaca surat tersebut, 'Ini cobaan yang lain bagiku.' Kemudian kubawa surat itu ke dapur, lalu aku membakarnya. Setelah peristiwa ini berlalu selama empat puluh malam dan wahyu turun kepada Rasulullah SAW., datanglah seorang utusan dari Rasulullah SAW. kepadaku seraya berkata, 'Rasulullah SAW. memerintahkan agar kamu menjauhi isterimu.' Aku bertanya, 'Apakah aku harus menceraikannya atau apa yang harus kulakukan terhadapnya?' Jawabnya, 'Tidak, tetapi jauhilah dia dan janganlah kamu mendekatinya!' Beliau juga mengutus kedua kawanku yang senasib itu demikian pula. Kemudian aku berkata kepada isteriku, 'Pulanglah ke rumah orang tua mu, dan tinggallah bersama mereka sampai Allah memberi keputusan tentang perkaraku.' Kemudian isteri Hilal bin Umayyah datang menghadap Rasulullah SAW. seraya berkata, 'Wahai Rasulullah, Hilal bin Umayyah sudah tua renta.  Dia tidak mempunyai seorang pelayan. Apakah engkau keberatan kalau aku melayaninya?' Jawab beliau, 'Tidak apa-apa, asalkan dia jangan sekali-kali sampai mendekatimu.' Kata isteri Hilal, 'Demi Allah, dia tidak punya daya sama sekali, bahkan dia selalu menangis sejak peristiwa itu terjadi sampai sekarang.' Lalu sebagian keluargaku berkata, 'Andaikan kamu juga memohon izin kepada Rasulullah SAW. agar isterimu diperkenankan melayanimu, sebagaimana isteri Hilal bin Umayyah, tentu beliau akan memberinya izin.' Aku berkata, 'Aku tidak akan memohonkan izin untuk isteriku. Aku belum tahu pasti, ya atau tidak, sedangkan aku masih muda (tidak seperti Hilal yang sudah tua renta).' Maka, aku tetap membujang selama sepuluh malam hingga genap menjadi lima puluh malam sejak kami dilarang disapa oleh Rasulullah SAW.' Kemudian pada pagi hari kelima puluh, aku melakukan shalat di atas loteng rumah kami. Ketika aku sedang duduk - seperti yang telah Allah jelaskan dalam ayat-Nya, yaitu sewaktu jiwaku terasa telah sempit, bumi yang luas terasa telah menjadi sempit bagiku - terdengarlah olehku suara keras dari puncak Gunung Sal' memanggilku, 'Wahai Ka'b bin Malik, bergembiralah!' Mendengar seruan itu, aku segera bersujud kerana aku tahu bahawa kesusahanku segera lepas. Terbukti setelah itu, Rasulullah SAW. memberitahukan kepada orang-orang bahawa Allah telah menerima taubat kami, yaitu ketika beliau melakukan shalat subuh. Lalu berdatanganlah orang banyak sambil mengucapkan selamat kepadaku dan kepada kedua temanku yang senasib denganku. Ada orang yang datang kepadaku mengendarai kuda, dan ada yang berjalan kaki dari suku Aslam melewati pergunungan. Suara ucapan selamat kudengar lebih cepat dari kuda-kuda kenderaan mereka. Setelah orang yang mengucapkan selamat itu sampai kepadaku, dengan segera kedua pakaianku kucopoti. Lalu ku berikan kepadanya kerana aku sangat gembira. Padahal, demi Allah, aku hanya memiliki kedua pakaian itu pada saat itu sehingga aku terpaksa harus meminjam pakaian untuk kupakai menghadap Rasulullah SAW. Ketika aku pergi menghadap Rasulullah SAW., orang berbondong-bondong menemuiku mengucapkan selamat atas diterima-Nya taubatku. Setelah memasuki masjid, aku mendapatkan Rasulullah SAW. duduk di masjid dikelilingi orang-orang. Kemudian Thalhah bin Ubaidillah datang menemuiku dengan berlari-lari kecil, dia menjabat tanganku dan mengucapkan selamat kepadaku. Demi Allah, hanya dialah satu-satunya orang Muhajirin yang mendatangiku. Oleh kerana itu, Thalhah tidak pernah terlupakan olehku.' Setelah aku memberi salam kepada Rasulullah SAW.,  beliau menjawab dan berkata dengan wajah yang berseri-seri kerana gembira, 'Bergembiralah dengan datangnya kebaikan bagimu pada hari ini, yang belum pernah kamu dapatkan sejak lahir.' Aku bertanya, 'Berita itu dari engkau ataukah dari Allah, wahai Rasulullah?' Jawab beliau, 'Bukan dariku, tetapi dari Allah.' Sebagaimana biasanya, apabila Rasulullah SAW. bergembira, wajah beliau bersinar-sinar bagaikan bulan, hal itu memang kami sudah tahu benar. Setelah duduk di hadapan beliau, aku berkata, 'Wahai Rasulullah, di antara kesyukuranku atas di terima-Nya taubatku, aku akan menyedekahkan semua harta milikku untuk Allah dan Rasul-Nya SAW. Rasulullah SAW. bersabda, 'Tahanlah sebagian hartamu, itu lebih baik bagimu!' Kataku, 'Aku akan memegang harta yang kedapatkan dari Khaibar.' Kataku lagi, 'Wahai Rasulullah, aku telah diselamatkan-Nya kerana aku berkata benar, dan di antara taubatku, aku berjanji tidak akan berbicara, kecuali dengan kata-kata yang benar. Demi Allah, aku tidak pernah tahu bahawa ada orang Islam yang telah dianugerahi kenikmatan kerana berkata benar sejak kukatakan itu kepada Rasulullah SAW. sampai hari ini, melebihi kenikmatan yang telah Dia anugerahkan kepadaku. Demi Allah, aku tidak akan berdusta walau sekali saja, sejak aku berkata demikian kepada Rasulullah SAW. sampai sekarang. Sungguh, aku berharap, semoga Allah selalu memeliharaku untuk masa mendatang.' Lalu Allah menurunkan ayat, Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan orang-orang Anshar yang mengikuti Nabi pada waktu kesulitan....sampai pada firman-Nya, Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka, dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan penerimaan taubatnya, hingga apabila bumi telah terasa sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka,... sampai pada firman-Nya, Dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.1 Demi Allah, aku belum pernah merasa nikmat Allah sejak aku masuk Islam, sebesar nikmat kejujuranku ini kepada Rasulullah SAW. Andaikan aku berbuat bohong kepada beliau, pasti aku celaka. sebagaimana celakanya orang-orang yang telah berbohong. Allah telah mengecam orang-orang yang berbohong dalam firman-Nya, Kelak mereka akan bersumpah kepadamu dengan nama Allah, apabila kamu telah kembali kepada mereka agar kamu berpaling dari mereka. Maka berpalinglah dari mereka kerana mereka itu adalah najis dan tempat kembali mereka adalah api Neraka Jahanam, sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan. Mereka akan bersumpah kepadamu agar kamu ridha kepada mereka. Maka jika kamu ridha kepada mereka, sesungguhnya Allah tidak ridha kepada orang-orang yang fasik itu.2 Kami bertiga adalah orang-orang yang ditangguhkan penerimaan taubatnya ketimbang mereka yang telah diterima lebih dahulu oleh Rasulullah SAW., ketika mereka bersumpah kepada beliau, lalu beliau membaiat mereka dan dimohonkan ampun. Sedangkan Rasulullah SAW. menangguhkan perkara kami ini sampai Allah Azza wa Jalla  memberi keputusan. Kemudian, berkaitan dengan ini, Allah 'Azza wa Jalla berfirman, .... Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan penerimaan taubatnya, hingga apabila bumi telah terasa sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas... Jadi, bukan kerana kami tertinggal kerana tidak ikut perang, tetapi Allah menangguhkan penerimaan taubat kami ketimbang orang yang mengajukan sumpah dan alasannya kepada Rasulullah SAW., lalu beliau menerima pengajuan mereka." (8: 106 - 112 - S.M.)

______________________
1 QS Al-Taubah(9): 117 - 119.
2 QS Al-Taubah(9): 95 - 96.

Wednesday 16 April 2014

Bab: Nama Barrah Diubah Menjadi Juwairiyyah

( 1406 ) Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.: Nama Juwairiyyah dahulunya adalah Barrah, kemudian oleh Rasulullah SAW. namanya diubah menjadi Juwairiyyah. Dan beliau tidak suka dikatai, "Beliau keluar dari rumahnya Barrah." (6: 173 - S.M.)

Bab: Mengubah Nama dengan yang Lebih Baik

( 1405 ) Diriwayatkan dari Ibn Umar: Ada seorang putri Umar r.a. yang diberi nama "'Ashiyah". Kemudian oleh Rasulullah SAW. namanya diubah menjadi "Jamilah". (6: 173 - S.M.)

Bab: Memberikan Nama Mundzir kepada Bayi

( 1404 ) Diriwayatkan dari Sahl bin Sa'd: Ketika Mundzir bin Usaid r.a. baru lahir, dia dibawa menghadap Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW. meletakkannya pada pangkuan beliau, sedangkan Abu Usaid duduk. Lalu Nabi SAW. sibuk dengan sesuatu yang berada di hadapan beliau. Kemudian Abu Usaid menyuruh seseorang agar anak itu diangkat dari paha Rasulullah SAW., kemudian dia dibawanya pulang. Setelah itu, Rasulullah SAW. teringat kembali kepada anak itu, lalu beliau bertanya, "Di manakah anak itu?" Abu Usaid menjawab, "Kami telah membawanya pulang wahai Rasulullah." Beliau bertanya, "Siapakah namanya?" Abu Usaid menjawab, "Fulan wahai Rasulullah." Beliau bersabda, "Bukan, tetapi namanya adalah 'Mundzir'." Maka, sejak hari itulah dia diberi nama "Mundzir". (6: 176 - S.M.)

Tuesday 15 April 2014

Bab: Anak yang Dibunuh oleh Khidhir

( 1854 ) Diriwayatkan dari Ubai bin Ka'b r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Sesungguhnya, anak yang dibunuh Khidhir itu memang dicetak menjadi kafir. Andaikan dia hidup terus, pasti akan mendorong kedua ayah-ibunya kepada kesesatan dan kekafiran" (8: 54 - S.M.)

Bab: Anak Orang-Orang Musyrik

( 1853 ) Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.: Rasulullah SAW. pernah ditanya tentang anak-anak orang musyrik (yang mati sebelum dewasa). Beliau bersabda, "Allah lebih mengetahui akan perbuatan mereka kerana Dialah yang menciptakan mereka." (8: 54 - S.M.)

Bab: Setiap Bayi Dilahirkan dalam Keadaan Suci

( 1852 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci. Oleh kerana itu, kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, dan Majusi, sebagaimana ternak dilahirkan dalam keadaan sempurna, dan bukankah kalian tidak akan mendapatkan buntung?" Kemudian Abu Hurairah berkata, "Dan bacalah kalau kalian mau, ...(tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, Tidak ada perubahan pada fitrah Allah ..."7 (8: 52 - S.M.)

______
7 - QS Al-Rom(30): 30

Monday 14 April 2014

Bab: Meninggalkan Perkara Syubhat

( 956 ) Diriwayatkan dari Nu'man bin Basyir r.a.: Saya pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda - Nu'man berkata sambil mengulurkan kedua jari-jari tangan ke telinganya, sebagai isyarat bahawa dia benar-benar mendengarnya secara langsung dari Rasulullah SAW., "Sesungguhnya, perkara halal itu jelas, dan perkara haram itu juga jelas, sedangkan di antara halal dan haram banyak perkara yang diragukan hukumnya (halal atau haram), yang banyak orang tidak mengetahuinya. Barang siapa menjaga dirinya untuk tidak melakukan perkara yang diragukan, dia menyucikan agama dan kehormatannya. Barang siapa terjerumus kepada perkara yang diragukan, dia terjerumus ke dalam perkara haram, yaitu seperti penggembala yang menggembalakan ternakannya di tepi tanah larangan, hampir saja dia terjerumus ke dalam tanah terlarang itu. Ketahuilah, sesungguhnya, setiap raja mempunyai larangan (yang tidak boleh didekati), sedangkan larangan Allah adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya, di dalam tubuh manusia terdapat sepotong daging. Apabila sepotong daging itu baik, baiklah semua badannya, dan apabila sepotong daging itu jelek, jelek pula semua badannya. Ketahuilah, sepotong daging itu ialah hati." (5: 50 - 51 - S.M.)

Saturday 12 April 2014

Bab: 1 - Dimansuhnya Nikah Mut'ah dan Pengharamannya

( 811 ) Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib r.a.: Rasulullah SAW. melarang nikah mut'ah dan memakan daging keldai jinak pada hari Penaklukan Khaibar. (4: 134 - S.M.)

Bab: 2 - Nikah Mut'ah

( 810 ) Diriwayatkan dari Jabir bin ' Abdillah r.a.: Kami biasa mengerjakan nikah mut'ah dengan maskawin segenggam buah kurma dan tepung dalam masa beberapa hari, pada masa Rasulullah Saw. dan Abu Bakar r.a. sampai 'Umar r.a. melarangnya dalam peristiwa 'Amr bin Huraits. (4: 131 - S.M.)

Bab: 1 - Nikah Mut'ah

( 809 ) Diriwayatkan dari Qais: Saya mendengar Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata, "Kami pernah berperang bersama Rasulullah SAW., sedangkan kami tidak membawa isteri." Lalu kami bertanya kepada beliau, "Bolehkan kami berkebiri?" Ternyata, beliau melarang kami melakukan hal itu. Kemudian beliau memberikan keringanan hukum kepada kami, yaitu diperbolehkannya menikahi wanita dengan maskawin kain dalam waktu yang telah ditentukan (nikah mut'ah). Setelah itu, 'Abdullah membaca ayat ini, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan sesuatu yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." 3 (4: 130 - S.M.)

___________
3 QS Al-Ma'idah (5): 87

Friday 11 April 2014

Bab: Rasulullah SAW. Melaknat Pelaku Riba

( 955 ) Diriwayatkan dari Jabir r.a.: Rasulullah SAW. mengutuk pemakan riba, orang yang memberi makan (keluarganya) dengan harta riba, penulis riba, dan kedua saksi riba. Beliau bersabda, "Semua itu (hukumnya) sama." (5: 50 - S.M.)

Bab: 2 - Riba

( 954 ) Diriwayatkan dari Abu Nadhrah: Saya pernah bertanya kepada Ibn 'Umar dan Ibn Abbas r.a. tentang penukarang wang. Keduanya berpendapat tidak apa-apa. Lalu ketika saya duduk-duduk di rumah Abu Said Al-Khudri r.a., saya menanyakan kepadanya tentang penukaran wang ini. Abu Said Al-Khudri r.a. menjawab, "Apa pun yang ditukar dengan pembayaran lebih dari dua barang yang sejenis adalah riba." Saya tidak menyetujui jawaban Abu Said kerana bertentangan dengan pendapat Ibn Umar dan Ibn Abbas r.a. Abu Said Al-Khudri r.a. berkata, "Saya hanya menceritakan hadis yang saya dengar dari Rasulullah SAW. ketika pengurus kebun kurma beliau datang membawa satu gantang buah kurma yang baik (bermutu tinggi), sedangkan mutu kurma Nabi SAW. tidaklah baik. Lalu Nabi SAW. menanyainya, 'Dari manakah kamu mendapatkan kurma (baik) ini?' Dia menjawab, 'Saya pergi membawa dua gantang kurma (jelek), lalu saya menukarnya dengan satu gantang kurma (baik) ini; harga kurma (baik) ini di pasar sekian, dan harga kurma (jelek) ini sekian.' Kemudian Rasulullah SAW. bersabda, 'Celakalah kamu, kamu telah melakukan riba. Jika kamu mahu begitu, jual saja kurma kamu, kemudian wangnya itu kamu belikan kurma lain sesukamu!"' Abu Said berkata, "Apakah kurma ditukar dengan kurma itu lebih tepat menjadi riba, ataukah penukaran perak dengan perak?" Kemudian saya kembali mendatangi Ibn Umar, lalu dia melarang saya melakukannya, tetapi saya tidak mendatangi Ibn Abbas lagi. Abu Shahba menceritakan kepada Ibn Abbas tentang hal itu di Makkah, ternyata Ibn Abbas tidak menyukai hal itu. (5: 49 - S.M.)

Wednesday 9 April 2014

Bab: Bersilaturahmi kepada Orang yang Memutuskannya

( 1763 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Ada seorang laki-laki berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya, aku mempunyai keluarga dekat yang biasa ku hubungi, sedangkan mereka memutuskan tali kekerabatannya dengan ku; aku juga biasa berbuat baik kepada mereka, tetapi mereka bertindak jahat kepada ku; aku juga bersabar terhadap tindakan mereka, tetapi mereka tidak memedulikan ku." Beliau bersabda, "Kalau kamu lakukan sebagaimana yang telah kamu katakan, sama halnya dengan kamu memberi mereka makan pasir panas, dan kamu senantiasa dimenangkan oleh Allah terhadap mereka, selama kamu tetap berbuat demikian." (8: 8 - S.M.)

Bab: Silaturahmi Menambah Umur

( 1762 ) Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a.: Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda, "Barang siapa senang dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah menyambung tali kekerabatannya." (8: 8 - S.M.)

Tuesday 8 April 2014

Bab: Hari Kiamat Tidak Akan Tiba Sebelum Suku Daus Menyembah Patung Dzul Khalashah

( 2012) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Hari kiamat tidak akan tiba sebelum wanita-wanita suku Daus mondar-mandir mengelilingi patung Dzul Khalashah." Dzul Khalashah adalah sebuah patung di Tabalah (Yaman) pada masa jahiliah. (8: 182 - S.M.)

Bab: Hari Kiamat Tidak Akan Tiba Sebelum Api Keluar dari Bumi Hijaz

( 2011 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Hari kiamat tidak akan tiba sebelum api keluar dari bumi Hijaz, yang menerangi leher-leher unta di Bushra (Suriah)." (8: 180 - S.M.)

Bab: Hari Kiamat Tidak Akan Tiba Sebelum Terjadinya Pembunuhan yang Tidak Diketahui Penyebabnya

( 2010 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Demi Zat yang jiwaku berada di tangan (kekuasaan)-Nya, dunia tidak akan musnah sampai suatu saat pembunuh tidak tahu mengapa dia membunuh, dan si korban juga tidak mengerti mengapa dia dibunuh." Beliau ditanya, "Bagaimana dapat terjadi seperti itu?" Jawab beliau, "Merajalelanya pembunuhan, pembunuhnya dan yang dibunuhnya sama-sama berada di dalam neraka." (8: 183 - S.M.)

Bab: Hari Kiamat Tidak Akan Tiba Sebelum Pembunuhan Merajalela

( 2009 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Hari kiamat tidak akan tiba sebelum harj (pembunuhan) merajalela." Para sahabat bertanya, "Apakah harj itu wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pembunuhan, pembunuhan." (8: 170 - S.M.)

Monday 7 April 2014

Bab: Faedah Makan Cendawan

( 1476 ) Diriwayatkan dari Said bin Zaid r.a., dari Nabi SAW.: Beliau bersabda, "Cendawan adalah makanan yang diturunkan Allah Azza wa Jalla kepada Musa, sedangkan airnya mengandung ubat penyembuh (penyakit) mata." (6: 124 - S.M.)

Bab: 2 - Kurma Ajwah Penangkal Racun dan Sihir

( 1475 ) Diriwayatkan dari Aisyah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Pada kurma ajwah (jenis kurma yang baik di Madinah) dari dataran tinggi Madinah, mengandung ubat. Kurma itu menjadi ubat penawar racun pada awal pagai hari." (6: 124 - S.M.)

Saturday 5 April 2014

Bab: 1 - Riba

( 953 ) Diriwayatkan dari Atha bin Abi Rabah: Abu Said Al-Khudri r.a. pernah menemui Ibn Abbas r.a. seraya bertanya, "Terangkanlah kepadaku ucapan Anda tentang penukarang wang. Apakah ucapan Anda itu berasal dari Rasulullah SAW. ataukah Anda mendapatkannya di dalam Kitabullah 'Azza wa Jalla?" Ibn Abbas r.a. menjawab, "Sekali-kali tidak, saya tidak mengucapkan itu kepada Anda. Adapun tentang Rasulullah SAW., Anda lebih mengetahuinya, sedangkan Kitabullah, saya tidak mendapatkannya. Akan tetapi, Usamah bin Zaid menceritakan kepada saya bahawa Rasulullah SAW. bersabda, 'Ingatlah, sesungguhnya, riba itu terjadi dalam jual beli secara kredit."' (5: 50 - S.M.)

Bab: Menjual Kalung Emas yang Ada Permatanya

( 952 ) Diriwayatkan dari Fadhalah bin Ubaid Al-Anshari r.a.: Pernah dihadapkan kepada Rasulullah SAW. sebuah kalung emas yang ada permatanya di Khaibar, kalung tersebut termasuk sebagian harta rampasan perang yang akan dijual. Lalu Rasulullah SAW. menyuruh agar emas itu dilepaskan dari permatanya, kemudian beliau bersabda, "Emas dengan emas harus sama timbangannya." (5: 46 - S.M.)

Bab: Tidak Boleh Menukar Satu Dinar dengan Dua Dinar

( 951 ) Diriwayatkan dari Utsman bin Affan r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Janganlah kamu menukar satu dinar dengan dua dinar, dan jangan pula satu dirham dengan dua dirham." (5: 43 - S.M.)

Friday 4 April 2014

Bab: Surat-Surat Nabi SAW. kepada Raja-Raja yang Berisi Seruan kepada Mereka untuk Memeluk Islam

( 1121 ) Diriwayatkan dari Anas r.a.: Nabi Allah SAW. mengirimkan surat kepada Kisra (gelar Raja Persia), Kaisar (gelar Raja Romawi), Najasyi (gelar Raja Etiopia), dan kepada semua raja yang berisi seruan kepada mereka untuk masuk Islam. Akan tetapi, Najasyi yang ini bukan  Najasyi yang Rasulullah SAW. shalat ghaibkan jenazahnya. (5: 166 - S.M.)

Bab: Seruan Masuk Islam Sebelum Perang dan Serangan

( 1120 ) Diriwayatkan dari Ibn Aun: Saya pernah mengirimkan surat kepada Nafi untuk menanyakan tentang seruan (masuk Islam) sebelum perang dimulai. Kemudian dia membalas surat kepada saya, yang isinya, "Seruan sebelum perang (penyerbuan) hanya berlaku pada masa (periode) permulaan Islam. Rasulullah SAW. telah menyerbu Bani Mushthaliq, sedangkan mereka dalam keadaan lengah, yaitu pada waktu mereka sedang memberikan minum kepada ternak mereka pada suatu sumur. Beliau memerangi prajurit mereka dan menawan tawanan mereka, dan pada hari itulah beliau mendapatkan bagian seorang tawanan wanita (sahaya)." Yahya berkata, "Saya kira dia berkata, 'Beliau pada waktu itu mendapatkan bagian Juwairiyyah atau Battah binti Harits.' Dan hadis ini saya dapatkan juga dari abdullah bin Umar r.a. yang pada waktu itu dia adalah salah seorang anggota pasukan tersebut." (5: 139 - S.M.)

Wednesday 2 April 2014

Bab: Nikah Syighar

( 808 ) Diriwayatkan dari Ibn Umar r.a.: Rasulullah SAW. melarang nikah syighar, yaitu seseorang menikahkan puterinya dengan seorang laki-laki, dengan syarat laki-laki itu juga menikahkan puterinya kepada orang itu, sedangkan keduanya tanpa maskawin. (4: 139 - S.M.)

Bab: Meminjamkan Tanah

( 976 ) Diriwayatkan dari Thawus bahawa dia biasa melakukan cara pertanian mukhabarah (menyerahkan tanah untuk digarap oleh seorang petani dengan mendapatkan hasil pertaniannya sebanya separuh atau sepertiga atau seperempatnya, sedangkan bibitnya dari pemiik tanah itu sendiri). 'Amr berkata, "Lalu saya mengatakan kepadanya, 'Wahai Aba Abdurrahman! Sebaiknya, tidakkah Anda tinggalkan saja cara mukhabarah ini? Kerana orang-orang mengatakan bahawa Nabi SAW. melarang sistem mukhabarah."' Dia menjawab, "Wahai Amr! Seseorang yang paling alim dari mereka, Ibn Abbas r.a., telah memberitahukan kepada saya bahawa Nabi SAW. tidak melarangnya, hanya saja, beliau bersabda, 'Seseorang di antara kamu yang meminjamkan tanahnya kepada saudaranya adalah lebih baik baginya daripada dia memungut imbalan tertentu darinya."' (5: 25 - S.M.)