Wednesday 28 November 2012

Bab: Keluarnya Iman Sesudah Iqamah untuk Bersuci

( 266 ) Diriwayatkan dari Abu Salamah bin 'Abd Al-Rahman bin 'Auf r.a. bahawa dia pernah mendengar Abu Hurairah r.a. berkata, "Pernah diserukan iqamah, lalu kami berdiri serta berbaris lurus sebelum Rasulullah SAW. datang. Setelah datang, beliau berdiri di tempat shalatnya. Sebelum beliau bertakbir, teringatlah bahawa beliau wajib mandi. Oleh kerana itu, beliau pulang dan bersabda kepada kami, "Tetaplah di tempat kalian!' Lalu tetaplah kami berdiri menunggu beliau sampai beliau datang kembali setelah mandi, dan kepalanya bertetasan air. Setelah itu, beliau bertakbiratul ihram dan mengimami kami shalat." (2: 101 - S.M.)