Sunday 18 November 2012

Bab: Keutamaan Membangun Masjid kerana Allah

( 240 ) Diriwayatkan dari Mahmud bin Labid: 'Utsman bin 'Affan r.a. pernah hendak memugar Masjid Nabawi, tetapi orang-orang tidak suka, mereka ingin membiarkannya sebagaimana keadaannya semula. Lalu 'Utsman berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda, 'Barang siapa membangun sebuah masjid kerana Allah, Allah akan membangunkan sebuah rumah baginya di syurga." (2: 68 - S.M.)