Wednesday 21 November 2012

Bab: Larangan Wanita Pergi ke Masjid

( 246 ) Diriwayatkan dari 'Amrah binti 'Abd Al-Rahman r.a. bahawa dia mendengar 'A'isyah r.a., isteri Rasulullah SAW., berkata, "Andaikan Rasulullah SAW. mengetahui perbuatan wanita pada masa sekarang ini, tentu beliau akan melarang mereka pergi ke masjid, sebagaimana dilarangnya wanita-wanita Bani Israil pergi ke masjid." Perawi hadis ini berkata kepada 'Amrah, "Apakah wanita-wanita Bani Israil dilarang pergi ke masjid?" 'Amrah menjawab, "Ya." (2: 34 - S.M.)