Monday 21 January 2013

Bab: 2 - Lupa di dalam Shalat dan Perintah Sujud

( 352 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a." Rasulullah SAW pernah mengerjakan salah satu shalat, zuhur atau asar, lalu beliau memberi salam pada rakaat yang kedua. Setelah itu, beliau pergi bersandar kepada sebatang kayu di arah kiblat masjid seolah-olah sedang marah. Di tengah kaum itu ada Abu Bakar r.a. dan Umar r.a., tetapi keduanya takut untuk berbicara, sedangkan orang-orang terburu-buru keluar masjid seraya berkata, "Shalat diperpendek." Kemudian seseorang yang diberi gelar "Dzul Yadain" berdiri dan berkata, "Wahai Rasulullah, apakah shalat ini diperpendek ataukah engkau lupa?" Nabi SAW. menoleh ke kanan dan ke kiri, lalu bertanya, "Apa yang dikatakan Dzul Yadian?" Para sahabat menjawab, "Dia berkata benar, engkau hanya mengerjakan shalat dua rakaat saja." Kemudian beliau menyempurnakannya dua rakaat lagi, lalu memberi salam. Setelah itu, beliau bertakbir, lalu sujud; bertakbir lagi, lalu duduk; bertakbir lagi, lalu sujud; bertakbir lagi, lalu duduk. Muhammad bin Sirin, perawi hadis ini, berkata, "Saya diberitahu 'Imran bin Hushain bahawa dia berkata, "Sesudah itu, beliau membari salam." (2: 86 - S.M.)