Tuesday 29 January 2013

Bab: 1 - Shalat dan Doa Nabi SAW

( 379 ) Diriwayatkan dari Ibn 'Abbas r.a.: Pada suatu malam, saya pernah bermalam di rumah bibi saya, Maimunah r.a. Pada malam itu, Nabi SAW. bangun menunaikan hajat beliau. Setelah itu, beliau membasuh muka dan kedua tangannya, lalu tidur lagi. Kemudian beliau bangun dan mendatangi tempat air dari kulit (qirbah), beliau membuka tutupnya dan mengambil air wudhu darinya. Beliau berwudhu dengan sempurna dari air yang sedikit itu, terus shalat. Saya pun bangun dengan menggeliat kerana takut beliau tahu bahawa saya memperhatikannya. Kemudian saya berwudhu, setelah beliau berdiri mengerjakan shalat, saya pun berdiri di sebelah kiri beliau, lalu beliau memegang tangan saya sambil memutarkan saya ke sebelah kanan beliau. Ketika itu shalat Rasulullah SAW. sempurna sampai tiga belas rakaat, lalu beliau berbaring sampai tidur mendengkur. Beliau kalau tidur mendengkur. Setelah itu, datanglah Bilal mengumandangkan suara azan untuk shalat. Kemudian beliau bangun dan terus mengerjakan shalat tanpa berwudhu lagi, sedangkan doa beliau adalah, "Wahai Allah, masukkanlah ke dalam hatiku nur (cahaya), ke dalam pandanganku nur, ke dalam pandengaranku nur, di arah kananku nur, di arah kiriku nur, di arah atasku nur, di arah bawahku nur,  di depanku nur,  di belakangku nur, dan anugerahkanlah ke dalam diriku nur. Kuraib berkata, "Dan ada tujuh kalimat lagi dalam doa beliau ini di dalam hatiku, tetapi saya lupa." Salamah bin Kuhail, perawi hadis ini dari Kuraib dari Ibn 'Abbas, berkata, "Lalu saya bertemu dengan salah satu putera Abbas r.a. yang memberitahukannya kepadaku, yaitu "Sarafku, dagingku, darahku, rambutku dan kulitku." Kemudian dia menyebut yang dua kalimat lagi. (2: 184 - S.M.)