Friday 25 January 2013

Bab: Shalat Dhuha Delapan Rakaat

( 366 ) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin Harits bin Naufal: Saya sudah berusaha bertanya dan mencari seseorang yang biasa memberitahukan kepada saya bahawa Rasulullah SAW. mengerjakan shalat dhuha, namun saya tidak mendapatkannya. Akan tetapi, Ummu Hani binti Abi Thalib memberitahukan kepada saya bahawa pada hari Penaklukan Kota Makkah, setelah matahari meninggi, Rasulullah SAW. diambilkan sebuah kain untuk menutupinya dari pandangan mata manusia, lalu beliau mandi. Setelah itu, beliau berdiri, lalu mengerjakan shalat delapan rakaat. Saya tidak tahu, apakah berdiri, ruku', atau sujud beliau itu lebih lama, kerana semuanya itu hampir sama lamanya. Ummu Hani berkata, "Saya belum pernah melihat beliau mengerjakannya (shalat dhuha) sebelum itu dan sesudahnya." (2: 157 - S.M.)