Monday 25 February 2013

Bab: Memberi Isyarat dengan Telunjuk di dalam Khutbah

( 414 ) Diriwayatkan dari Hushain, dari 'Umarah bin Ruaibah, bahawa dia pernah melibat Bisyr bin Marwan berkhutbah di atas mimbar dengan mengangkat kedua tangannya. Lalu 'Umarah berkata, "Semoga Allah menjelekkan kedua tangannya ini. Sungguh, saya telah melihat Rasulullah SAW. berkhutbah, beliau tidak lebih dari memberi isyarat dengan tangan beliau begini saja," 'Umarah memberi isyarat dengan telunjuknya. (3: 13 - S.M.)