Sunday 10 February 2013

Bab: Perihal Shalat Malam dan Orang yang Tertidur darinya atau Sakit

( 390 ) Diriwayatkan dari Qatadah, dari Zurarah: Sa'ad bin Hisyam bin Amir hendak berperang fi sabilillah  (di jalan Allah). Kemudian dia datang ke Madinah hendak menjual tanah pekarangannya yang ada di Madinah untuk dibelikan perlengkapan senjata dan kuda, lalu akan memerangi bangsa Romawi sampai dia gugur. Setelah sampai di Madinah, dia menemui beberapa orang penduduk Madinah, tetapi mereka mencegahnya berperang dan mengabarkan kepadanya bahawa pada masa Nabi SAW. pernah ada enam orang yang berminat demikian maka Nabi SAW. melarangnya dan bersabda, "Bukankah aku teladanmu?" Setelah diberi tahu demikian, orang itu merujuk kembali isterinya yang sebelumnya telah diceraikannya, dan dia bersaksi atas rujuknya itu. Kemudian dia mendatangi Ibn 'Abbas dan menanyakan tentang shalat witir Rasulullah SAW. Lalu Ibn 'Abbas berkata, "Maukah engkau saya tunjukkan kepada penduduk bumi yang paling mengetahui shalat witir Rasulullah SAW.?" Sa'ad berkata, "Siapakah dia?" Ibn 'Abbas menjawab, "Dia adalah 'A'isyah, datangilah dia dan tanyakanlah kepadanya. Setelah itu, kembalilah kemari dan beri tahukanlah jawabannya kepada saya!" Lalu Sa'ad berangkat menemui Hakim bin Aflah untuk minta dipertemukan dengan 'A'isyah. Hakim berkata, "Saya tidak mendekatainya kerana saya telah melarangnya membicarakan dua pasukan perang dalam peristiwa yang lalu, tetapi dia enggan." Sa'ad berkata, "Oleh kerana itu, saya bersumpah kepadanya agar dia pergi bersama sya untuk menemui 'A'isyah. Akhirnya, dia bersedia dan kami pun terus berangkat ke rumah 'A'isyah. Sesampainya di rumah 'A'isyah, kami minta izin untuk masuk menemuinya dan dia pun mengizinkannya, lalu kami masuk menemuinya. Setelah itu, 'A'isyah bertanya, 'Apakah Engkau Hakim?' Ya,' Jawab Hakim. 'A'isyah berkata, 'Bersama siapakah engkau datang? 'Bersama Sa'ad bin Hisyam,' jawab Hakim. 'A'isyah berkata, 'Ibn Hisyam? 'Ibn 'Amir, kata Hakim. Lalu 'A'isyah mendoakannya dan menceritakan kebaikannya. Qatadah berkata, 'dia terluka dalam Perang Uhud.' Kemudian saya berkata, 'Wahai Ummul Mukminin, ceritakanlah kepada saya tentang budi pekerti Rasulullah SAW.! 'A'isyah berkata, 'Bukankah kamu membaca Al-Quran?' Ya,' jawab saya. 'A'isyah berkata, 'Budi pekerti Nabi Allah SAW. adalah Al-Quran.' Saya bermaksud bangun dan tidak akan bertanya tentang sesuatu kepada seorang pun sampai mati. Akan tetapi, kemudian timbul lagi dalam benak saya untuk bertanya. Saya berkata, 'Ceritakanlah kepada saya tentang shalat malam (tahajud) Rasulullah SAW.!' 'A'isyah berkata, 'Bukankah kamu telah membaca Surah Ya ayyuhal Muzzammil (Wahai orang yang berselimut)? 'Ya.' jawab saya. 'A'isyah berkata, 'Sesungguhnya, Allah telah mewajibkan shalat tahujud di awal surah ini, maka Nabi Allah SAW. dan para sahabat melaksanakannya selama dua belas bulan sehingga Allah menurunkan keringanan hukum diakhir surah ini. Maka, shalat tahajud hukumnya menjadi sunnah setelah sebelumnya diwajibkan.' Lalu saya berkata, 'Wahai Ummul Mukminin, ceritakanlah kepada saya tentang shalat witir Rasulullah SAW.!' 'A'isyah berkata, 'Kami menyiapkan siwak (penggosok gigi) dan air suci beliau. Setelah bangun dari tidurnya, beliau menggosok gigi dan berwudhu, terus mengerjakan shalat sembilan rakaat. Pada rakaat yang kedelapan, beliau hanya duduk, lalu membaca zikir, tahmid, dan doa. Setelah itu, beliau bangkit tanpa mengucapkan salam. Kemudian beliau bangun mengerjakan rakaat yang kesembilan, terus duduk membaca zikir, tahmid, dan doa, lalu mengucapkan salam yang kami dengar suaranya. Sesudah mengucapkan salam, beliau shalat dua rakaat sambil duduk. Jadi, semua itu sebelas rakaat, wahai anakku! Setelah memasuki masa sepuh dan gemuk, beliau melakukan shalat witir tujuh rakaat, dan beliau melakukan hal serupa dalam dua rakaat. Jadi, semua itu sembilan rakaat, wahai anakku! Kalau mengerjakan shalat, Nabi SAW. senang mengerjakannya secara berkesinambungan. Apabila tertidur atau sakit sehingga tidak mengerjakan shalat malam, beliau shalat dua belas rakaat pada siang harinya. Saya tidak pernah mengetahui Nabi SAW. membaca Al-Quran seluruhnya dalam satu malam atau shalat semalam suntuk sampai subuh. Beliau juga tidak pernah berpuasa satu bulan penuh selain pada bulan Ramadhan." Sa'ad berkata, "Setelah itu, saya pergi menemui Ibn 'Abbas dan menceritakan kepadanya jawaban 'A'isyah. Ibn 'Abbas berkata, "Benarlah dia, andaikata saya mendekatinya dan bisa menghadap kepadanya, tentu saya akan mendatanginya sehingga dia dapat memberitahukannya secara langsung dari mulutnya kepada saya." Sa'ad berkata, "Andaikata saya tahu bahawa engkau tidak suka menghadapnya, saya tidak akan menceritakan hadis ini kepadamu." (2: 168 - 170 - S.M.)