Saturday 16 March 2013

Bab: Haji Diwajibkan Satu Kali dalam Seumur Hidup

( 639 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. pernah berpidato, di antaranya, beliau bersabda, "Wahai manusia, telah diwajibkan atas kalian berhaji, maka laksanakanlah haji!" Lalu ada seorang laki-laki berkata, "Setiap tahunkah wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW. diam sehingga orang itu bertanya sampai tiga kali. Kemudian beliau menjawab, "Kalau aku jawab, "Ya," pasti haji diwajibkan setiap tahun sekali, sedangkan kalian tidak akan mampu." Kemudian beliau bersabda, "Biarkanlah aku atas yang aku tinggalkan untukmu kerana, sesungguhnya, orang-orang sebelum kamu itu binasa kerana mereka banyak bertanya, dan mereka berselisih dengan nabi-nabi mereka. Oleh kerana itu, apabila aku perintahkan sesuatu untukmu, kerjakanlah semampu kamu; apabila aku larang sesuatu untuk kalian, tinggalkanlah!" (4: 102 - S.M.)