Tuesday 2 April 2013

Bab: 1 - Tempat-Tempat Memulai Ihram

( 651 ) Diriwayatkan dari Ibn 'Abbas r.a.; Rasulullah SAW. tlah menentukan tempat memulai ihram untuk penduduk Madinah, iaitu di Dzul hulaifah 3, untuk penduduk Syam di Juhfah 4, untuk penduduk Najd di Qarnul Manazil 5, dan untuk penduduk Yaman di Yalamlam 6. Beliau bersabda, "Tempat-tempat itu untuk semua penduduknya dan siapa saja yang datang melalui tempat itu untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah. Adapun orang yang tidak melalui tempat itu berihram dari tempatnya sendiri; penduduk Makkah memulainya dari Makkah." (4: 5 - S.M.)

________
3  Dzul Hulaifah disebut juga Bi'ru Ali.
4  Juhrah disebut pula Mahi'ah, nama sebuah tempat sejauh 197 km dari Makkah setelah tanda-tanda di Juhrah.
5  Qarnul Manazil, nama sebuah tempat 24 km dari Makkah.
6  Yalamlam, nama sebuah tempat 54 km dari Makkah.