Wednesday 19 June 2013

Bab: 4 - Doa Nabi SAW

( 1868 ) Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari, dari Nabi SAW." Beliau sering berdoa dengan doa ini, "Wahai Allah, ampunilah dosaku, kebodohanku, kelampauan batas dalam urusanku, dan apa saja yang hanya Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Wahai Allah, ampunilah dosaku, yang ku lakukan dengan sungguh-sungguh ataupun kerana bergurau, dosaku kerana keliru, atau kerana sengaja, dan semua dosa yang ku miliki. Wahai Allah, ampunilah dosaku yang telah berlalu dan mendatang, yang ku lakukan secara sembunyi dan terang-terangan, dan dosa yang hanya Engkau yang mengetahuinya. Engkaulah Zat yang memajukan dan mengundurkan, dan Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu." (8: 81 - S.M.)