Sunday 2 June 2013

Bab: Jangka Waktu Bertamu

( 1065 ) Diriwayatkan dari Abu Syuraih Al-Khuzai r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Hak tamu itu tiga hari dan istimewanya sehari semalam pertama. Tidak halal bagi seorang Muslim tinggal sebagai tamu dirumah saudaranya hingga si tuan rumah berdosa kerananya." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana tuan rumah itu berdosa kerana tamunya?" Beliau menjawab, Orang itu tetap menumpang di rumah tuan rumah, sedangkan tuan rumah itu sendiri tidak mempunyai sesuatu yang akan digunakan untuk menjamunya." (5: 138 - S.M.)