Saturday 8 June 2013

Bab: Keutamaan Puasa

( 571 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Allah 'Azza wa Jalla berfirman, Semua amal anak Adam itu untuk dia sendiri, kecuali puasa kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku lah yang membalasnya. Puasa itu benteng (Pelindung dari siksa neraka). Oleh kerana itu, apabila kamu sedang berpuasa, janganlah bersetubuh dan jangan pula berbuat gaduh. Apabila seseorang memaki mu atau mengajak bertengkar dengan kamu, katakanlah, 'Sesungguhnya, saya ini sedang berpuasa.' Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan (kekuasaan)-Nya, bau mulut seseorang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat nanti daripada bau harum kasturi. Selain itu, orang yang berpuasa mendapatkan dua kali kegembiraan, yaitu apabila (saat) berbuka, dia bergembira dengan buka puasanya, dan apabila kelak bertemu dengan Tuhannya, dia bergembira dengan puasanya." (3: 158 - S.M.)