Saturday 8 June 2013

Bab: Pelepasan Kerelaan Allah di Syurga

( 1960 ) Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri: Nabi SAW. bersabda, "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada ahli syurga, 'Wahai ahli syurga!' Jawab mereka, 'Kami penuhi segala panggilan Engkau dengan segala kesenangan hati, dan kebaikan berada di tangan Engkau.' Tanya Allah, 'Apakah kalian telah merasa puas?' Jawab mereka, 'Bagaimana kami tidak akan merasa puas wahai Tuhan kami. Sesungguhnya, Engkau telah memberikan sesuatu yang belum pernah diberikan kepada seseorang di antara makhluk Engkau?' Firman Tuhan, 'Maukah Aku berikan kepadamu yang lebih baik lagi daripada itu?' Jawab mereka, 'Adakah yang lebih baik daripada itu?' Jawab Allah, 'Aku lepaskan kerelaan-Ku kepadamu. Oleh kerana itu, Aku tidak akan memurkai mu setelah ini untuk selama-lamanya."'  (8: 144 - S.M.)