Friday 7 June 2013

Bab: Tentang Roh Orang Mukmin dan Roh Orang Kafir

( 458 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Apabila roh orang Mukmin sudah berpisah dengan badannya, disambutlah oleh dua malaikat yang membawanya naik - Hammad berkata bahawa Abu Hurairah menyebutkan baunya seperti kasturi. Kemudian penduduk langit berkata, "Roh yang baik datang dari bumi, semoga Allah mengampuni engkau dan jasad yang engkau tempati." Lalu dibawanya kepada Tuhan, kemudian Dia berfirman, "Bawalah roh itu sampai akhir waktunya." Sesungguhnya, apabila roh orang kafir telah berpisah dari jasadnya-Hammad berkata bahawa Abu Hurairah menyebutkan bau busuknya dan kutukan kepadanya - penduduk langit berkata, "Roh yang jelek datang dari bumi. lalu dikatakan kepadanya, "Bawalah roh itu sampai akhir waktunya." Kemudian Rasulullah SAW. menutupi hidung beliau dengan kain tipis, demikain. (8: 162 - 163 - S.M.)