Wednesday 24 July 2013

Bab: 2 - Keutamaan Surah Al-Ikhlas

( 2100 ) Diriwayatkan dari 'A'isyah r.a.: Rasulullah SAW. pernah mengirimkan seorang laki-laki untuk mengepalai suatu pasukan gerila. Dia biasa mengerjakan shalat dan menjadi imam sahabat-sahabatnya dengan membaca Surah Qul Huwallahu Ahad. Setelah pulang ke Madinah, mereka melaporkan kejadian itu kepada Rasulullah SAW. Beliau bersabda, "Tanyakanlah kepadanya, mengapa dia selalu membaca surah itu (Al-Ikhlas) saja dalam shalatnya?" Mereka pun bertanya kepadanya, lalu jawabnya, "Aku selalu membaca surah itu (Al-Ikhlas) kerana surah tersebut mengandung sifat Allah Yang Maha Pengasih. Oleh kerana itu, aku senang membacanya.: Kemudian Rasulullah SAW. bersabda kepada yang bertanya itu, "Beri tahukanlah kepadanya bahawa Allah mencintainya." (2: 200 - S.M.)