Sunday 7 July 2013

Bab: 1 - Aneka Bencana

( 1992 ) Diriwayatkan dari Abu Idris Al-Khaulani: Hudzaifah bin Yaman berkata, "Demi Allah, akulah orang yang paling mengetahui tentang bencana yang akan terjadi antara aku dan hari kiamat. Hal itu kerana Rasulullah SAW. hanya membisikkannya sedikit kepadaku. Beliau tidak memberitahukannya kepada orang lain selain aku. Akan tetapi, Rasulullah SAW. pernah berbicara tentang bencana dalam suatu majlis, yang aku berada dalam majlis itu. Beliau bersabda sambil menghitung-hitung bencana itu, 'Di antara bencana-bencana itu ialah tiga macam bencana yang hampir saja memusnahkan sesuatu. Di antaranya pula ada beberapa bencana seperti angin kemarau, dan di antaranya pula ada yang kecil dan ada pula yang besar.' Kemudian pergilah semua anggota majlis itu kecuali aku." (8: 172 - S.M.)