Friday 26 July 2013

Bab: 1 - Diharamkannya Perbuatan Zalim, serta Perintah Beristigfar dan Bertaubat

( 1828 ) Diriwayatkan dari Abu Dzarr r.a., dari Nabi SAW.: Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman, Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya, Kuharamkan berbuat zalim kepada diri-Ku sendiri, dan Kujadikan perkara yang diharamkan juga di antara kamu. Oleh kerana itu, janganlah kalian saling berbuat zalim. Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua sesat, kecuali orang yang Kuberikan kepadanya petunjuk. Oleh kerana itu, mintalah petunjuk kepada-Ku, niscaya Aku akan memberimu petunjuk. Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua lapar, kecuali orang yang Kuberi makan. Oleh kerana itu, mintalah makan kepada-Ku, niscaya Aku akan memberimu makan. Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua telanjang, kecuali orang yang Kuberi pakaian. Oleh kerana itu, mintalah pakaian kepada-Ku, niscaya Aku akan memberimu pakaian. Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya kamu bersalah (berbuat dosa) pada malam dan siang hari, sedangkan Aku mengampuni dosa-dosamu semua. Oleh kerana itu, mohonlah ampun kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampunimu. Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya, kamu tidak akan dapat memberikan mudarat kepada-Ku, dan tidak pula memberi manfaat kepada-Ku. Wahai hamba-hamba-Ku, andaikan dari yang pertama sampai yang terakhir darimu, manusia maupun jin, semuanya bertumpu menjadi seorang yang paling bertakwa dalam hati seorang di antara kamu, semua itu tidak dapat menambah kekuasaan-Ku sedikit pun. Wahai hamba-hamba-Ku, andaikan dari yang pertama sampai yang terakhir darimu, manuaisa maupun jin, semuanya bertumpu menjadi seorang yang paling durhaka dalam hati seorang di antara kamu, semua itu tidak dapat mengurangi kekuasaan-Ku sedikit pun. Wahai hamba-hamba-Ku, andaikan dari yang pertama sampai yang terakhir darimu, manusia maupun jin, semuanya berdiri di sebuah dataran, lalu mereka semuanya memohon kepada-Ku, kemudian masing-masing Kupenuhi permohonannya, semua itu tidak akan mengurangi kekayaan yang Kumiliki, kecuali sebagaimana air yang melekat pada jarum yang dimasukkan ke dalam laut. Wahai hamba-hamba-Ku semua itu hanya amalmu yang Kuperhitungkan untukmu, kemudian Kupenuhi untukmu. Barang siapa mendapatkannya baik, hendaklah memuji Allah 'Azza wa Jalla,  dan barang siapa mendapatkannya selain dari itu, hendaklah mencela dirinya sendiri. Sa'id berkata, "Apabila Abu Idris Al-Khaulani menceritakan hadis ini, dia bertekuk di atas kedua lututnya." (8: 17 - S.M.)