Saturday 27 July 2013

Bab: Firman Allah Ta'ala Janganlah Kamu Mengira bahawa Orang-Orang yang Gugur di Jalan Allah Itu Mati, Dan Penjelasan Ruh Orang-Orang yang Mati Syahid

(  1068 ) Diriwayatkan dari Masruq: Kami pernah bertanya kepada 'Abdullah bin Mas'ud r.a. tentang ayat ini, Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.1 'Abdullah bin Mas'ud r.a. menjawab, "Ketahuilah, sesungguhnya, kami telah menanyakan ayat tersebut kepada Rasulullah SAW., lalu beliau bersabda, 'Ruh orang yang mati syahid itu berada dalam perut burung yang berwarna hijau, mempunyai sangkar yang bergantung di arasy, dan beterbangan ke mana saja di syurga, Tuhan mereka melihatnya seraya berfirman, 'Apakah kalian menginginkan sesuatu?' Jawab mereka, 'Apa lagi yang kami inginkan, sedangkan kami di syurga bebas terbang ke mana saja yang kami sukai.' Dia berfirman kepada mereka sampai tiga kali. Setelah ruh-ruh itu mengetahui bahawa mereka tidak akan ditinggalkan sebelum mereka mengajukan suatu permintaan kepada Allah, mereka berkata, 'Wahai Tuhanku, kami menginginkan agar Engkau mengambalikan ruh-ruh kami kepada tubuh-tubuh kami agar kami dapat berperang kembali, kemudain kami gugur lagi di jalan Engkau sekali lagi.' Setelah Allah mengetahui bahawa mereka sudah tidak memerlukan apa-apa lagi, ditinggalkanlah mereka." (6: 38 - 39 - S.M.)

___________
1 - QS Ali Imran (3): 169