Thursday 11 July 2013

Bab: Menangisi Mayat

( 462 ) Diriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Umar r.a.: Sa'ad bin 'Ubadah pernah menderita suatu penyakit, lalu Rasulullah SAW. datang menjenguknya bersama 'Abd Al-Rahman bin 'Auf, Sa'ad bin Abi Waqqash, dan 'Abdullah bin Mas'ud r.a. Ketika beliau masuk, didapatkannya dia sedang pingsan. Kemudian, beliau bertanya, "Apakah dia sudah meninggal?" Mereka (para sahabat) menjawab, "Belum, wahai Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW. menangis. Ketika mereka melihat tangisan Rasulullah SAW., mereka pun menangis. Kemudian beliau bersabda, "Apakah kalian tidak mendengar? Sesungguhnya, Allah tidak menyiksa kerana air mata dan kesedihan hati, tetapi Allah menyiksa atau menyayanginya kerana ini," beliau memberi isyarat dangan lisannya. (3: 40 - S.M.)