Monday 29 July 2013

Bab: Pangkat Seorang Pejuang

( 1071 ) Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda kepadanya, "Wahai Aba Sa'id, barang siapa rela bahawa Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai nabinya, wajiblah baginya syurga." Kagumlah Abu Sa'id mendengarnya, lalu dia berkata, "Sudikah engkau mengulanginya untuk saya wahai Rasulullah?" Lalu beliau mengulangi perkataannya, kemudian bersabda, "Selain itu, seorang hamba Allah akan dinaikkan pangkatnya seratus derajat di syurga, sedangkan jarak antara kedua derajatnya sejauh antara langit dan bumi." Kata Abu Sa'id, "Pangkat kerana apakah itu wahai Rasulullah!" Jawab beliau, "Berperang di jalan Allah, berperang di jalan Allah." (6: 37 - S.M.)