Sunday 21 July 2013

Bab: Pembacaan Al-Quran, Surah Al-Baqarah, dan Surah Ali Imran

( 2095 ) Diriwayatkan dari Abu Umamah Al-Bahili r.a.: Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda, "Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran akan menjadi pembela (memberikan syafaat) kepada pencintanya. Bacalah Surah Al-Zahrawain, yaitu Surah Al-Baqarah dan Surah Ali Imran. Sesungguhnya, kedua surah itu pada hari kiamat akan datang menaungimu seperti sekumpulan awan, atau dua kumpulan burung yang berbaris membela pencintanya. Bacalah Surah Al-Baqarah kerana barang siapa membacanya akan mendapatkan berkah, barang siapa meninggalkannya akan mendapatkan kerugian. Dan tukang-tukang sihir itu tidak akan mampu memudaratkannya." (2: 197 - S.M.)