Thursday 11 July 2013

Bab: Sabar terhadap Musibah pada Guncangan Pertama

( 459 ) Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a.: Rasulullah SAW. pernah mendatangi seorang perempuan yang sedang menangisi anaknya yang meninggal dunia. Lalu beliau bersabda kepadanya, "Takutlah kamu kepada Allah dan bersabarlah!" Perempuan itu berkata, "Engkau tidak peduli terhadap musibah yang menimpa saya." Setelah beliau pergi, dikatakan kepada perempuan itu bahawa orang itu adalah Rasulullah SAW. perempuan itu terkejut setengah mati, kemudian pergi ke rumah Rasulullah SAW., dia tidak mendapat penjaga pintu di rumah beliau. Lalu perempuan itu berkata, "Wahai Rasulullah, saya tadi tidak mengenal engkau." Beliau menjawab, "Sesungguhnya, kesabaran itu terletak pada guncangan pertama." (3: 40 - S.M.)