Saturday 3 August 2013

Bab: Keutamaan Mati Syahid di Jalan Allah

( 1079 ) Diriwayatkan dari Anas r.a., dari Nabi SAW.: Beliau bersabda, "Tak seorang pun penghuni syurga yang menginginkan kembali lagi ke dunia dan mengharapkan sedikit pun dari kenikmatan yang ada di dalamnya, kecuali orang yang mati syahid. Dia menginginkan kembali lagi ke dunia, lalu dia gugur lagi dalam perang di jalan Allah sampai sepuluh kali kerana menyaksikan kemuliaan yang diperoleh oleh orang yang mati syahid." (6: 35 - S.M.)