Wednesday 4 September 2013

Bab: Barang Siapa Gagal Berperang kerana Sakit, Hendaklah Memberikan Perlengkapan Perangnya kepada Orang yang Akan Berperang

( 1093 ) Diriwayatkan dari Anas r.a.: Ada seorang pemuda dari Bani Aslam berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya, saya ingin berperang, tetapi saya tidak punya persiapan untuk berperang." Sabda beliau, "Pergilah kepada si fulan kerana dia sudah lengkap persiapannya, tetapi dia sakit." Lalu pemuda tersebut pergi mendatangi orang itu seraya berkata, "Sesungguhnya, Rasulullah SAW. mengucapkan salam untuk Anda dan beliau menyuruh agar Anda memberikan perlengkapan perang Anda kepada saya." Jawab orang itu, "Wahai Fulanah (maksudnya isterinya), berikanlah semua perlengkapan perang saya kepadanya dan jangan sampai ada yang tertinggal sedikitpun! Demi Allah, sedikit pun jangan sampai ada yang tertinggal, niscaya Allah akan melimpahkan berkah-Nya kepadamu!" (6: 41 - S.M.)