Sunday 22 September 2013

Bab: Mayat Disiksa kerana Tangisan Orang yang Hidup

( 465 ) Diriwayatkan dari 'Amran binti Abd Al-Rahman r.a. bahawa dia pernah mendengar 'Aisyah r.a. diberitahu bahawa 'Abdullah bin Umar r.a. berkata, "Sesungguhnya, mayat itu disiksa kerana tangisan (keluarganya) yang hidup." Kemudian Aisyah berkata, "Semoga Allah mengampuni Abu 'Abd Al-Rahman (Abdullah bin Umar), ketahuilah bahawa dia tidak berdusta, hanya saja, dia lupa atau keliru. Sesungguhnya, Rasulullah SAW. pernah melewati (jenazah) seorang perempuan Yahudi yang sedang ditangisi. Lalu Rasulullah SAW. bersabda, 'Sesungguhnya, mereka itu menangisinya, padahal dia disiksa di kuburnya."' (3: 45 - S.M.)