Sunday 15 September 2013

Bab: Memberi Nafkah kepada para Sahaya dan Dosa bagi Orang yang Menahan Makanan kepada Mereka

( 884 ) Diriwayatkan dari Khaitsamah, Kami pernah duduk-duduk bersama 'Abdullah bin 'Amr r.a., lalu bendaharawannya datang. Setelah masuk, 'Abdullah bertanya, "Sudahkah kamu memberikan makanan kepada sahaya-sahaya itu?" Dia menjawab, "Belum." Abdullah berkata, "Pergilah, berikanlah makanan kepada mereka!" 'Abdullah berkata bahawa Rasulullah SAW. bersabda, "Cukup besar dosa seseorang yang suka menahan-nahan makanan kepada sahayanya." (3: 78 - S.M.)