Thursday 19 September 2013

Bab: Tidak Ada Penyakit Menular, Pertanda Buruk, Kesialan, dan Hantu

( 1486 ) Diriwayatkan dari Abu Salamah bin 'Abdurahman, dari Abu Hurairah r.a.: Ketika Rasulullah SAW. bersabda, "Tak ada penularan penyakit, tak ada kesialan pada bulan Shafar,dan tak ada hantu mayat."1 Seorang Arab Badui berkata, "Wahai Rasulullah, bagaimana seandainya unta-unta yang bagus bagaikan kijang yang sedang di padang pasir, lalu didatangkan unta kudisan, kemudian unta-unta yang baik itu terkena kudis semua?" Jawab beliau, "Siapa penular unta kudisan yang pertama?" Dalam riwayat lain, "Tak ada penularan penyakit, tak ada pertanda buruk (thiyarah), tak ada kesialan pada bulan Shafar, dan tak ada hantu mayat." (7: 30 - S.M.)


______
1 - Penyakit tidak menular dengan sendirinya, tetapi dengan takdir dari Allah SAW. jua. Sedang kesialan pada masa jahiliah, orang Arab biasa mengundurkan Muharram ke Shafar kerana dianggap sial. Demikian pula masalah hantu, orang Arab mempunyai kepercayaan bahawa apabila ada orang mati terbunuh dan pembunuhnya belum dikisas, dari kepala korban itu akan keluar binatang yang berputar-putar mengelilingi kuburnya minta minum. Kalau yang membunuhnya telah divonis dengan hukuman bunuh juga, baru binatang itu menghilang. Kepercayaan ini ditolak oleh Islam sebagaimana dalam hadis ini.