Thursday 26 September 2013

Bab: Yang Sakit Janganlah Didekatkan kepada yang Sihat

( 1487 ) Diriwayatkan dari Ibn Syihab: Abu Salamah bin Abdurrahman bin Auf pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda, "Tak ada penularan." Dan dia menceritakan pula bahawa Rasulullah SAW. bersabda, "Yang sakit tidak boleh didekatkan kepada yang sehat." Kata Abu Salamah, "Abu Hurairah meriwayatkan kedua hadis ini dari Rasulullah SAW., kemudian Abu Hurairah tidak menyebut-nyebut lagi setelah hadis, "Tidak ada penularan.' dan dia mempertahankan hadis 'Yang sakit tidak boleh didekatkan kepada yang sihat."' Lalu Harits bin Abi Dzubab, sepupu Abu Hurairah, berkata, "Wahai Abu Hurairah! Aku benar-benar mendengarmu menceritakan hadis ini bersamaan dengan hadis yang kamu diamkan, yaitu pernah kamu katakan bahawa Rasulullah SAW. pernah bersabda, 'Tidak ada penularan."' Abu Hurairah tidak mau tahu tentang hadis itu dan dia berkata, "Tidak boleh didekatkan yang sakit kepada yang sihat." Begitulah Harits mendebatinya sampai Abu Hurairah marah, dia berbicara dalam bahasa Habasyah (Etiopia). Kemudian Abu Hurairah berkata kepada Harits, "Tahukah apa yang aku katakan?" Jawab Harits, "Tidak." Kata Abu Hurairah, "Aku mengatakan, 'Sesungguhnya, aku tidak suka."' Abu Salamah berkata, "Aku bersumpah, sungguh, Abu Hurairah memang benar bercerita kepada kami bahawa Rasulullah SAW. bersabda, 'Tiada penularan!' Oleh kerana itu, aku tidak tahu, apakah Abu Hurairah lupa, ataukah dia menghapus salah satu dari kedua hadis itu?" (7: 31 - S.M.)