Thursday 24 October 2013

Bab: 2 - Kehancuran Umat Islam kerana Perang Saudara di Antara Mereka

( 2001 ) Diriwayatkan dari 'Amir bin Sa'd, dari ayahnya: Rasulullah SAW. pada suatu hari datang dari daerah perbukitan (Madinah). Setelah sampai di masjid Bani Mu'awiyah, beliau masuk seraya mengerjakan shalat dua rakaat, dan kami pun mengerjakan shalat bersama beliau. Beliau berdoa kepada Tuhannya panjang sekali. Setelah mengerjakan shalat, beliau menghadap kami, lalu bersabda, "Aku memohon tiga perkara kepada Tuhanku. Dua perkara diperkenankan-Nya, sedangkan satu ditolak-Nya. Aku memohon kepada Tuhanku agar umatku tidak dibinasakan kerana paceklik, lalu permohonan in dikabulkan-Nya. Aku memohon kepada Tuhanku agar umatku tidak dibinasakan kerana mati tenggelam, permohonanku juga diperkenankan-Nya. Dan aku memohon kepada Tuhanku agar umatku tidak binasa kerana pertentangan antara sesamanya, permohonan ini tidak diperkenankan-Nya." (8: 171 - 172 - S.M.)