Wednesday 23 October 2013

Bab: 2 - Keutamaan Membantu Perjuangan di Jalan Allah

( 1101 ) Diriwayatkan dari Abu Mas'ud Al-Anshari r.a.: Seorang laki-laki pernah menghadap Nabi SAW. seraya berkata, "Sungguh, saya tidak mendapatkan haiwan tunggangan (untuk berperang di jalan Allah) kerana haiwan tunggangan saya sendiri sudah mati. Oleh kerana itu, berilah saya haiwan tunggangan (untuk pergi berperang dijalan Allah)." Jawab beliau, "Aku tidak punya." Kemudian ada seorang laki-laki berkata, "Wahai Rasulullah, akan saya tunjukkan dia kepada orang yang bisa memberikan haiwan tunggangan." Rasulullah SAW. bersabda, "Barang siapa menunjukkan kepada kebaikan, dia mendapatkan pahala, seperti pahala orang yang melakukannya."  (6: 41 - S.M.)