Friday 25 October 2013

Bab: Ahli Syurga yang Paling Sedikit Adalah Kaum Wanita

( 1970 ) Diriwayatkan dari Abu Tayyah: Mutharrif punya dua orang isteri. Ketika dia datang dari rumah isteri yang satunya, isteri yang kedua bertanya, "Apakah kamu datang dari rumah isterimu yang pertama?" Jawab Mutharrif, "Aku datang dari rumah 'Imran bin Hushain." Lalu dia menceritakan hadis kepada kami bahawa Rasulullah SAW. bersabda, "Sesungguhnya, ahli syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita." 1 (8 : 88 - S.M.)


________
1 - Ini tidak bertentangan dengan hadis nombor 1956 yang menyebutkan bahawa kebanyakan ahli syurga adalah kaum wanita, dan bahawasanya setiap laki-laki mendapatkan dua orang isteri. Sebab, yang dimaksud dengan isteri tersebut adalah bidadari.