Thursday 31 October 2013

Bab: Segala yang Memabukkan Itu Haram

( 1264 ) Diriwayatkan dari Jabir r.a.: Ada seorang laki-laki dari Jaisyan (Yaman) datang bertanya kepada Rasulullah SAW. tentang minuman yang terbuat dari jagung bernama mizr di negerinya. Kemudian Nabi SAW. bertanya, "Apakah minuman itu memabukkan?" Jawabnya, "Ya." Sabda beliau, "Segala yang memabukkan adalah haram. Allah berjanji bahawa orang yang suka meminum minuman yang memabukkan akan diberi minuman 'Thinatul Khabal'. " Sahabat bertanya, "Apakah minuman 'Thinatul Khabal' itu wahai Rasulullah?" Jawab beliau, "Yaitu keringat atau air perasaan penduduk neraka." (6: 100 - S.M.)