Wednesday 15 January 2014

Bab: Larangan Menjual Minuman Keras

( 930 ) Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Wa'lah Al-Saba'i (seorang penduduk Mesir) bahawa dia pernah bertanya kepada 'Abdullah bin 'Abbas r.a. tentang perahan buah anggur. Kemudian Ibn 'Abbas r.a. menjawab, "Ada seorang laki-laki pernah menghadiahkan satu kantong tuak kepada Rasulullah SAW., lalu beliau bersabda kepadanya, 'Tidak tahukah kamu bahawa Allah telah mengharamkannya?' Orang itu menjawab, 'Tidak.' Kemudian orang itu berbisik-bisik dengan seseorang di dekatnya. Lalu Rasulullah SAW. menanyainya, 'Apa yang kamu bisikkan kepadanya?' Orang itu menjawab, 'Saya suruh dia menjualnya saja.' Beliau bersabda, 'Sesungguhnya, yang Dia haramkan meminumnya, Dia haramkan pula menjualnya.' Lalu orang itu membuka wadah tuaknya, kemudian tuak itu dituangkannya sampai habis sama sekali." (5: 40 - S.M.)