Saturday 11 January 2014

Bab: Menukar Seorang Sahaya dengan Dua Orang Sahaya

( 927 ) Diriwayatkan dari Jabir r.a.: Seorang sahaya pernah datang berbaiat kepada Nabi SAW. untuk berhijrah, sedangkan beliau tidak mengetahui bahawa dia seorang sahaya. Setelah itu, tuannya datang hendak mengambilnya. Kemudian Nabi SAW. bersabda kepadanya, "Juallah budakmu itu kepadaku!" Lalu beliau membelinya dengan dua orang sahaya berkulit hitam. Setelah itu, beliau tidak pernah lagi menerima baiat seseorang, kecuali sebelumnya beliau menanyakan lebih dahulu, apakah dia seorang sahaya atau bukan. (5: 55 - S.M.)