Friday 10 January 2014

Bab: Mukhabarah dan Muhaqalah

( 924 ) Diriwayatkan dari Zaid bin Abi Unaisah: Abu Al-Walid Al-Makki pernah bercerita kepada kami ketika dia sedang duduk bersama 'Atha bin Abi Rabah, dari Jabir bin Abdillah r.a. bahawa Rasulullah SAW. melarang muhaqalah, muzabanah, dan mukhabarah. Selain itu, beliau melarang juga membeli buah kurma di pohonnya hingga buah itu memerah atau menguning atau dapat dimakan. Muhaqalah  ialah menjual makanan di ladang dengan sejumlah makanan yang telah ditentukan takarannya. Muzabanah ialah menjual buah kurma di pohonnya dengan beberapa wasak kurma masak yang sudah dikeringkan. Mukhabarah ialah menyewakan tanah dengan hasil tanamannya, baik sepertiga tanahnya, seperempat tanahnya, atau lain sebagainya. Saya bertanya kepada 'Atha bin Abi Rabah "Apakah engkau mendengar Jabir bin 'Abdillah r.a. menyebutkan bahawa hadis ini dari Rasulullah SAW.? Dia menjawab, "Ya." (5: 18 - S.M.)