Thursday 27 February 2014

Bab: Mendiamkan Binatang Penjaga Rumah Tiga Hari

( 1498 ) Diriwayatkan dari Abu Saib, maula Hisyam bin Zuhrah r.a.: Aku pernah pergi ke rumah Abu Said Al-Khudri, dan aku mendapatkannya sedang melakukan shalat. Kemudian aku duduk menunggunya hingga dia menyelesaikan shalatnya. Tiba-tiba, terdengar oleh ku bunyi gerakan di tandan-tandan sudut rumah. Lalu aku menoleh kepadanya, ternyata yang aku lihat adalah seekor ular. Kemudian aku meloncat untuk membunuhnya, tetapi Abu Said memberi tanda agar aku duduk saja. Lalu duduklah aku. Setelah Abu Said selesai mendirikan shalat, dia menunjuk ke sebuah rumah di kampung itu, lalu dia berkata, "Apakah kamu melihat rumah itu?" Jawabku, "Ya." Dia berkata, "Di rumah itu ada seorang pemuda salah seorang keluarga kami yang tinggal dan baru saja berbulan madu. Kemudian kami bersama Rasulullah SAW. pergi ke Khandaq. Di sana anak muda itu mohon izin kepada Rasulullah SAW. pada tengah hari untuk pulang menemui isterinya. Kemudian diizinkanlah oleh beliau selama sehari saja dan Rasulullah SAW. bersabda kepadanya, 'Ambillah senjatamu, aku khawatir kamu diganggu oleh orang-orang Yahudi Quraizhah!' Lalu diambillah senjatanya oleh anak muda itu, lalu dia pulang. Sesampainya di rumah, terdapatlah isterinya berdiri di antara kedua pintu (di luar rumahnya), cemburulah dia sehingga anak muda itu mau membacok isterinya dengan tombaknya. Berkatalah sang isteri, 'Tahanlah tombakmu! Masuklah ke dalam rumah sehingga kamu melihat sendiri yang menyebabkan aku keluar rumah!' Lalu masuklah anak muda itu ke dalam rumahnya, ternyata di atas kasurnya dia mendapatkan ular besar yang sedang melingkar, lalu ditombaklah ular itu olehnya, kemudian ular itu ditinggalkan di dalam rumahnya. Akan tetapi, nasib malang bagi pemuda itu kerana sang ular mematukinya, entah siapa yang mati lebih dahulu, si ular atau si pemuda itu?"' Kata Abu Said, "Kemudian kami menghadap Rasulullah SAW. seraya memberitahukan peristiwa itu kepada beliau. Kami katakan kepada beliau, 'Doakanlah kepada Allah semoga Dia memberinya umur pajang!' Lalu beliau bersabda, 'Mohonkanlah ampunan untuk sahabat kalian itu (dia telah meninggal)!' Kemudian beliau bersabda, 'Sesungguhya, di Madinah ini ada beberapa jin yang telah masuk Islam. Oleh kerana itu, apabila kamu melihatnya (ular), diamkanlah mereka selama tiga hari. Kalau setelah itu masih saja tampak, bunuh saja kerana dia itu setan."' (7: 40 - 41 - S.M.)