Saturday 29 March 2014

Bab: Berdoa dengan Perantara Amalnya yang Saleh

( 1875 ) Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a., dari Rasulullah SAW.: Beliau bersabda, "Ketika tiga orang (Bani Israil) dalam perjalanan, mereka kehujanan. Kemudian mereka pergi berlindung ke dalam gua di sebuah gunung. Tatkala mereka di dalam gua itu tiba-tiba jatuhlah sebuah batu besar dari atas gunung itu sehingga menutupi mulut gua yang mereka diami. Lalu salah seorang dari ketiga orang itu berkata kepada kawannya, 'Ingatlah amal-amal kebaikan yang telah kalian kerjakan kerana Allah, lalu berdoalah kepada Allah, semoga dengan amal kebaikan itu Allah membuka pintu gua ini.' Lalu berkatalah salah satu dari ketiga orang ini, 'Wahai Allah, sesungguhnya aku mempunyai dua orang tua yang telah sepuh sekali, dan aku mempunyai isteri dan anak yang kecil-kecil yang menjadi tanggunganku. Aku menggembala untuk nafkah mereka, setiap aku pulang dari menggembala, ku perahkan susu untuk mereka, lalu ku suguhkan kepada ayah-ibuku sebelum ke berikan kepada anak-anakku. Lalu pada suatu hari, pernah aku terlambat kerana tersesat mencari rumput untuk gembala sehingga aku pulang malam. Sesampainya di rumah, ayah dan ibu telah tidur nyenyak. Aku telah memerahkan susu untuk minum ayah dan ibuku sebagaimana biasanya. Ku bawa susu itu, aku berdiri di dekat kepala ayah dan ibuku, tetapi aku tidak membangunkan keduanya. Aku juga tidak memberikan susu itu kepada anak-anakku sebelum kuberikan lebih dahulu kepada ayah dan ibu, padahal anak-anakku berteriak-teriak menangis meminta susu itu di kakiku kerana lapar dan dahaga. Demikianlah, aku tidak membangunkan kedua orang tuaku, dan aku tidak pula memberikan susu itu kepada mereka sampai fajar terbit. Jika yang aku perbuat ini menurut Engkau adalah suatu perbuatan ikhlas kerana mencari ridha Engkau, bukakanlah pintu itu sehingga kami dapat melihat langit.' Lalu, direnggangkanlah batu besar itu sedikit sehingga mereka dapat melihat langit. kemudian yang kedua berkata,'Wahai ALLAH,sesungguhnya aku mempunyai sepupu wanita (putri pamanku) yang sangat kucintai, seperti seorang laki-laki yang sangat mencintai wanita. Aku merayunya agar aku dapat menguasai dirinya, tetapi dia menolak sebelum aku dapat memberinya wang kepadanya seratus dinar. Setelah aku dapat mengumpulkan wang seratus dinar dengan susah payah, aku pergi kepadanya membawa wang itu. Lalu ketika aku telah duduk di antara kaki keduanya (untuk disetubuhi), dia berkata, 'Wahai ' Abdullah, takutlah kepada ALLAH! Dan jangan kamu lepaskan cincin (kegadisanku) itu, kecuali dengn haknya (nikah).' Lalu ,bangunlah aku (setelah mendengar kata-katanya),aku langsung meninggalkannya. Ya ALLAH, jika menurut Engkau perbuatan yang telah kulakukan itu adalah kerana mencari redha Engkau, bukakanlah lagi pintu gua itu!' Kemudian, merengganglah batu besar itu sedikit. Lalu orang yang ketiga berkata juga, 'Wahai ALLAH, sesungguhnya aku pernah mengupah seorang buruh dengan tiga gantang padi. Setelah buruh itu selesai bekerja, dia berkata, 'Berikanlah upah pekerjaanku itu kepadaku!' Lalu kuberikan upah itu kepadanya, tetapi dia tak mau menerimanya. Kemudian, kutanamkan pada itu sampai dapat ku himpun hasilnya menjadi beberapa ekor sapi dan para penggembalanya. Kemudian buruh itu datang lagi kepada ku seraya berkata, 'Takutlah kepada Allah, janganlah engkau merampas hak ku.' Aku menjawab, 'Pergilah kamu ke tempat sapi-sapi itu dan penggembala-penggembalanya, lalu ambilllah semuanya!' Kemudian buruh itu berkata, 'Takutlah kepada Allah, janganlah engkau mengolok-olok ku.' Aku berkata, 'Aku tidak mengolok-olok mu. Ambillah semua sapi itu dan semua penggembalanya (menjadi milik mu)!' Lalu, diambillah semua sapi itu dan penggembalanya, lalu dibawanya pergi. Jika menurut Engkau perbuatan yang telah ku lakukan itu kerana mencari ridha Engkau, bukakanlah pintu gua yang tertutup oleh batu besar itu!' Kemudian, Allah membukakan pintu gua itu dengan sempurna." (8: 89 - 90 - S.M.)